Followers

rantau ku sayang

Tuesday, May 27, 2014

MUSA HITAM KECEWA DIPERGUNAKAN OLEH PAS!!!


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam kecewa dengan sikap PAS yang menggunakan nama beliau untuk menarik orang ramai ke program politik anjuran parti itu.

Musa berkata, tindakan PAS itu mengambarkan parti tersebut tidak percaya dengan kekuatan yang ada mereka hingga terpaksa menggunakan nama beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan PAS meletakkan nama beliau sebagai salah seorang pemidato di program 'Himpunan Keadilan Untuk mu Memali' Jumaat lepas.

"Saya tak tahu menahu langsung atas soal ini. Tidak ada apa apa jemputan. Kalau ada pun pasti saya tak terima.

"PAS nampak nya tak percaya daya penarik sendiri sehingga guna nama saya," katanya kepada Astro AWANI menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Poster 'Himpunan Keadilan Untuk mu Memali' yang meletakkan nama Tun Musa Hitam sebagai salah seorang pemidato.

Musa mendakwa sudah dua kali PAS menggunakan nama beliau untuk menarik orang ramai ke program politik anjuran parti itu.

"Sudah dua kali mereka guna nama saya sebegini. Dulu dalam Pilihan Raya Umum lepas dan sekarang nak menarik orang ramai ke majlis politik mereka. Hentikan lah amalan berbohong sebegini," katanya.

Nama Musa pada awalnya disenaraikan sebagai salah seorang pemidato di program sempena memperingati peristiwa Memali namun disaat akhir dimaklumkan bekas timbalan perdana menteri itu tidak terlibat dalam program tersebut.

No comments:

Post a Comment