Followers

rantau ku sayang

Sunday, May 25, 2014

ISMA: Kit Siang, jangan meracau!!

Ketua Wanita ISMA, Ustazah Norsaleha Mohd Salleh menasihatkan pemimpin DAP, Lim Kit Siang supaya tidak meracau apabila bercakap mengenai Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

“ISMA adalah gerakan Islam. Tidak ada kena mengena dengan pelampau kejantinaan.

“Jika mahu bercakap mengenai ISMA, buat rujukan terlebih dahulu.

” Lebih-lebih lagi mengenai kedudukan wanita dalam ISMA,” katanya kepada wartawan.

Beliau berkata demikian membidas kenyataan Kit Siang semalam bahawa apabila menganggap ISMA tidak menghormati golongan wanita sehingga menyatakan ISMA bersikap pelampau lelaki.

Ini berikutan baru-baru ini Naib Presiden ISMA II, Encik Rahman Mat Dali menyifatkan calon DAP, Dyana Sofya sebagai gula-gula DAP untuk memperbodohkan orang Melayu.

Soal ustazah Saleha, bila masa pula ISMA mengatakan wanita seperti gula-gula murahan?

“Kenyataan Naib Presiden ISMA itu mengibaratkan bahawa DAP menggunakan Dyana untuk perbodohkan Melayu.

“Tidak wujud istilah ISMA tidak hormat golongan wanita, sebaliknya DAP lah yang menggunakan wanita untuk kepentingan mereka,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment