Followers

rantau ku sayang

Monday, May 26, 2014

INI CERMIN KHAS BUAT NIK AZIZ!!!


Memandangkan sebelum ini Si Nik Aziz tu suruh UMNO cerminkan diri sendiri, maka kali ini kita bagi dia pulak satu cermin yang istimewa untuk menjadi tatapan.

REALITINYA, PAS perlu terima hakikat bahawa mereka yang GAGAL menjelaskan Hudud kepada Bukan Islam. Mereka yang GAGAL mentarbiayah orang mengenai Hudud.

Biar pun PAS dah wujud sejak hampir 60 tahun yang lalu dan menjadikan Hudud sebagai agenda utama, namun malangnya PAS tetap GAGAL nak menjelaskan mengenai Hudud.

Sebelum ini pun kita dah bangkitkan isu mengenai keGAGALan Si Nik Aziz tu sendiri melaksanakan Hudud di Kelantan sewaktu dia berkuasa.

Maka sekarang kita dedahkan pulak keGAGALan PAS mendidik ahli bukan Islam parti tersebut mengenai isu Hukum Hudud. Sewajarnya sebagai seorang pemimpin yang waras, Nik Aziz perlu muhasabah diri sendiri. Jangan setakat pandai tunding jari pada orang!!!
 Bekas ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw berkata beliau menerima perlucutan jawatannya dalam sayap PAS itu tetapi kecewa dengan cara ia dilaksanakan.

Hu berkata, keputusan menggugurkannya itu tidak demokratik dan tidak mengikut ajaran Islam yang menyarankan muzakarah dibuat terlebih dahulu.

“Masalahnya perubahan itu harus dilakukan secara demokratik, (supaya) betul-betul mencerminkan nilai suci-murni yang termaktub dalam agama Islam, iaitu semangat muzakarah, semangat rendah diri dengan semangat hormat-menghormati melakukan segala perubahan yang kita perlukan.

“Saya kecewa bukan dengan parti. Parti itu tidak bersalah. Yang ada masalah pimpinan yang membuat keputusan untuk melakukan perubahan.

"Adakah mereka sedar perubahan (kepimpinan DHPP) itu dilakukan mengikut apa yang saya katakan saya tadi ataupun kerana sesuatu agenda tersembunyi.


“Pada saya kalaulah kita tidak bersikap berterus terang dalam membuat satu keputusan, kita tidak ikhlas dalam menjalankan tugasan kita sebagai pemimpin, jadi organisasi kita pimpin itu ke mana hala tujunya?” katanya.
Bayangkan. Bila orang tak sehaluan dengan mereka, mereka tuduh sebagai KAFIR. Bila dikalangan ahli sendiri tak dapat terima perjuangan mereka, terus dipecat. 

Mana letaknya tarbiyah dan dakwah PAS kepada orang bukan Islam kalau begitu cara yang mereka lakukan? Mana perginya istiqomah PAS selama hari ini? Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!! Buang masa je dan tak mendatangkan faedah lansung!!!

No comments:

Post a Comment