Followers

rantau ku sayang

Monday, May 26, 2014

DAP TIDAK PERNAH ZALIMI PAS...KUATNYA EDITOR PAS NAK BERBOHONG

Biarpun berbeza banyak pendapat, kedua dua kompenen parti dalam pakatan rakyat ini tetap istiqomah menentang segala bentuk penyelewengan dan penipuan yang dilakukan kerajaan UMNO/BN

Sejarah telah membuktikan yang paling banyak zalimi PAS adalah umno, bukan DAP. Kerajaan Umno zalimi melayu-kelantan dengan menafikan hak royalti minyak & kemudahan infrastructure seperti lebuhraya.

Kerajaan Umno juga telah menyekat hak royalti minyak terengganu semasa kerajaan PAS terengganu memerintah. Hasilnya kerajaan negeri terengganu dibawah PAS terumbang ambing, kakitangan awam tiada bonus dan kemudahan lain untuk penjawat awam

Kerajaan PAS terengganu gagal merealisasikan manifesto mereka apabila kerajaan persekutuan UMNO menyekat hak royalti minyak terengganu. Kemudian ditukar kepada wang ehsan oleh kerajaan UMNO

Tekanan demi tekanan dilakukan oleh kerajaan UMNO kepada kerajaan negeri dibawah PAS. Manifesto kerajaan PAS terengganu masa itu termasuk membuat program berkahwin beramai ramai bagi golongan muda, membantu ibu tunggal, anak yatim, memertabatkan sekolah pondok agama supaya generasi akan datang cerdik agama

Semuanya hanya tinggal manifesto setelah kerajaan persekutuan umno menyekat & menafikan hak royalti minyak terengganu. Sehinggalah kerajaan PAS tumbang kerana percaturan politik zalim kerajaan UMNO!

wahai umat melayu!!! Janganlah kamu mudah lupa tentang kezaliman ini!!! 

No comments:

Post a Comment