Followers

rantau ku sayang

Sunday, May 25, 2014

Vandalisme: Pembangkang Teruskan Amalan Tidak Bermoral

Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong melahirkan rasa dukacita apabila ada segelintir pihak melakukan perbuatan vandalisme dengan merosakkan poster atau bahan kempen pada pilihan raya kali ini.

Mah Siew Keong berkata, bukan sahaja bahan kempen seperti poster dirosakkan malah di laman sosial media juga pihak tidak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan terhadap diri saya dengan menindih gambar di tempat saya tidak berada.

"Semalam saya telah melawat beberapa kawasan di Changkat Jong dan saya merasa amat berduka cita kerana banyak poster dirosakkan. Perkara ini juga berlaku di Pasar Teluk Intan apabila muka saya di cat berwarna hitam.

"Pada hari pertama saya sudah beritahu bahawa kita hendak satu pilihan raya yang bersih bukan seperti ini. Di dalam sosial media juga mereka mengubah gambar saya pada tempat-tempat dimana saya tidak pernah pergi. Saya juga menerima sms dengan fakta dan kritikan tidak betul," katanya kepada pemberita di Dataran Menara Condong, di sini, hari ini.

Tambah beliau, ini merupakan satu budaya yang tidak sihat bagi kedua-dua belah pihak dan akan memalukan kawasan Teluk Intan.

"Ini merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan menunjukkan budaya yang tidak elok. Perkara ini juga boleh menyebabkan kedua-dua belah pihak akan sering membalas perkara seperti ini. Ini memalukan Teluk Intan.

"Kita tidak mahu sebarang masalah timbul diantara kedua-dua belah pihak. Sebelum ini sepanjang berlangsungnya pilihan raya di Teluk Intan tiada masalah tapi mengapa kali ini perkara seperti ini mesti berlaku," katanya.

Beliau juga berharap perkara seperti ini perlu dihentikan dengan segara dan satu laporan polis juga akan dilakukan berhubung dengan perkara ini.

"Saya merayu agar semua ini dihentikan. Bagi pengundi buatlah satu pengundian secara rasional bagi memilih parti yang dapat menolong serta membela nasib mereka.

"Saya tidak tahu siapa yang melakukannya dan kita akan memberitahu polis, biar polis yang melakukan siatasan dengan perkara ini. Bagi saya ini bukan perkara besar cuma saya tidak mahu melihat pertelagahan diantara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan satu perkara yang tidak diingini berlaku," katanya. 

No comments:

Post a Comment