Followers

rantau ku sayang

Saturday, May 24, 2014

Piala Thomas: Malaysia Mara Ke Pentas Akhir Bertemu Jepun

Pasukan Malaysia berjaya menempah tiket ke final Piala Thomas selepas menewaskan pasukan Indonesia 3-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi, Jumaat.

Mata pertama Malaysia diperolehi selepas perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei menundukkan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-19 dan 21-13.

Manakala mata kedua dikutip menerusi Tan Boon Heong/Hoon Thien How menang perlawanan kedua ke atas Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan 21-19 8-21 23-21.

Chong Wei Feng memastikan pasukan negara mara ke pentas akhir dengan menundukkan Dionysius Hayom Rumbaka, 21-10 21-17.

Kali terakhir malaysia layak ke final pada tahun 2002 namun tewas kepada Indonesia 3-2.

Dan  kali terakhir menjulang piala berprestij ini pada tahun 1992. Dalam pada itu Jepun melakarkan sejarah apabila julung kali melangkah ke final selepas mengejutkan juara bertahanChina 3-0 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Keputusan tanpa diduga itu mengakhiri dominasi China yang menyandang gelaranpiala berprestij itu selama lima kali berturut-turut sejak 2004.

Pencapaian terbaik Jepun pada kejohanan itu ialah layak ke separuh akhir pada edisi 2010 di Kuala Lumpur dan 2012 di Wuhan, China.

Keputusan tanpa diduga itu mengakhiri dominasi China yang menyandang gelaran piala berprestij itu selama lima kali berturut-turut sejak 2004.

No comments:

Post a Comment