Followers

rantau ku sayang

Saturday, May 24, 2014

Dyana Hanya PA, Bukan Peguam – Ahmad Soffian..Semua Kena Dibodoh Oleh DAP saja

 Kuala Lumpur – Penasihat undang-undang, Ahmad Soffian Mohd Shariff, 27 mempertikaikan kelayakan calon DAP, Dyana Sofea yang sebelum ini mendakwa dirinya seorang peguam.

Soffian yang mewakili Persatuan Kebajikan Shah Alam berkata, seorang peguam wajib mendaftarkan dirinya dengan Bar Council (Majlis Peguam Malaysia) sebelum diberikan hak untuk mewakili mana-mana individu.

“Saya ada membaca kenyataan Dyana yang mendakwa dia seorang peguam atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai ‘non-practising lawyer’.

“Untuk makluman ‘non-practising lawyer’ bukan pengamal undang-undang atau dalam erti kata lain bukan seorang peguam dan dia mungkin hanya bekerja sebagai pengamal undang-undang sahaja.
“Macama mana nak kata dia peguam, sedangka dia tidak mengamalkan undang-undang? ” katanya ketika dihubungi oleh wartawan Suara.TV petang tadi.

Menurutnya yang juga merupakan graduan undang-undang dari UiTM (Universiti Teknologi Mara), secara dasarnya mana-mana firman guaman hanya akan mengambil mereka yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman sahaja, dan sangat tidak masuk akal mereka yang baru sahaja tamat pengajian dan melakukan chambering boleh menjadi seorang rakan kongsi.

“Isu dia mudah, mereka yang tidak berdaftar dengan Bar Council, adalah bukan seorang peguam.

“Sebagai contoh, pensyarah yang mempunyai kelayakan LLB (sarjana muda perundangan) pun tidak dipanggul sebagai seorang peguam.

“Tambahan pula dia (Dyana) hanya bekerja sebagai PA (pembantu peribadi) sahaja dan sejak bila seorang PA dikenali sebagai seorang peguam.Selain daripada itu, seorang pengamal undang-undang sebelum ini mempertikaikan kelayakan Dyana sebagai seorang peguam sambil menyifatkan tindakan menyamar itu merupakan satu kesalahan jenayah.

“Adalah menjadi satu kesalahan jenayah jika menyamar menjadi peguam yang mengamalkan guaman serta ada firma guaman tanpa sah berdaftar di bawah majlis peguam Malaysia.

“Saya baru lepas semak laman web majlis peguam Malaysiawww.malaysianbar.org.my tiada nama tertera calon DAP parlimen teluk intan tertera sebagai peguam berdaftar di bawah majlis peguam.

“Adakah laman web tersebut silap atau saya silap taip nama dia Dyana sofya binti Mohd daud ? ” ujar Ahmad Shuaib Ismail di dalam laman Facebooknya.

Dyana sebelum ini mendakwa dirinya masih seorang peguam, namun menurutnya sijil peguamnya telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui kerana ingin memberikan fokus di dalam bidang politik.

“Saya adalah peguam yang dilatih (lawyer by trining) atau dalam bahasa mudah di panggil non-practicing lawyer (dan) saya (seorang) peguam” ujarnya lagi.

Pihak kami turut menghubungi pejabat Bar Council bagi mendapatkan maklumbalas berhubung isu ini, namun gagal.

No comments:

Post a Comment