Followers

rantau ku sayang

Monday, May 26, 2014

HAKIKATNYA..!!! PAS Kini Yang Bukan Lagi PAS Dulu…

Semua pemimpin dan pengikut PAS serta PKR perlu sedar yang kerusi paling terbanyak dalam Pakatan di parlimen ialah DAP... PAS dan PKR hanya umpama melukut di tepi gantang saja dalam Pakatan…

Jadi kalaulah ditakdirkan bahawa Pakatan menang PRU 14 nanti.., dah semestinya DAP akan menerajui pemerintahan Malaysia.. Sebahagian besar jawatan didalam kabinet kerajaan adalah dijawat oleh pemimpin DAP.. Mungkin Anwar jadi PM.., tapi setakat PM sajalahh..

Ada satu persoalan yang kita patut tanya pada Pemimpin dan pengikut PAS semua.., macam mana nak meletakkan syariat dan undang-undang Islam kalau negara diperintah dan dikuasai pentadbiran oleh orang kafir?

Boleh ke nak laksanakan undang-undang syariah serta memperkasakan Islam didalam negara kalau semuanya terpaksa tunggu kelulusan dari puak-puak DAP? Mustahil Islam dapat berkembang kalau segala keputusan melaksanakannya terletak ditangan kafir..

Patut tanya juga kepada orang yang mengaku ahli dan menyokong PAS.., tahu tak apa tujuan PKR ditubuhkan? PKR ditubuhkan hanya untuk kepentingan Anwar Ibrahim… PKR ditubuhkan semata-mata untuk memusnahkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah ada sekian lama…

Sekarang ni.., agenda PKR hanyalah untuk menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri… Dan kalau itulah tujuan PKR, apa benefit yang pemimpin dan pengikut PAS dapat? Takkan lah PAS tak teingin melihat pemimpin mereka juga memegang tampuk pemerintahan negara?

Jadi, apa gunanya PAS menjunjung perjuangan PKR yang mahu menjulang Anwar? Apakah PAS tak mempunyai hala tuju dan juga perjuangan mereka sendiri?

Masuk Pakatan bermakna PAS terpaksa ikut telunjuk DAP dan terpaksa dengar cakap DAP.. Masuk Pakatan bermakna lebai-lebai PAS terpaksa wala’ pada Anwar Ibrahim.. Adakah DAP dengar apa yang PAS perjuangkan? Apakah Anwar sanggup tunaikan impian dan cita-cita PAS?

Takkan lah pemimpin dan pengikut PAS tak tahu nak berfikir sampai sanggup gadaikan agama dan bangsa semata-mata hanya nak kan kuasa? Bukankah DS Najib sudah bersedia menerima PAS dalam BN.. Dan itu bermaksud, PM sanggup mempertimbangkan berkongsi kuasa dengan PAS..

Jadi…, kenapa PAS masih pilih DAP? Takkanlah PAS nak musnahkan semua hak dan kemudahan yang ada sedangkan orang Melayu sekarang ni jadi antara kumpulan yang paling mundur ekonominya dalam negara?

Jika PAS masih belum sedar hari ini.., mungkin satu hari nanti PAS akan hancur hanya semata-mata kerana Anwar dan DAP.

No comments:

Post a Comment