Followers

rantau ku sayang

Wednesday, May 14, 2014

Ceramah DAP Di Kampung Melayu Hambar....Padan Muka Melayu Sudah Menyampahhhh


GEORGE TOWN: Kehadiran calon DAP, Ramkarpal Singh Deo dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat lain dalam ceramah politik di Kampung Melayu, Air Itam di sini, malam Selasa hambar apabila hanya dihadiri kira-kira 100 orang.

‪Flat Kampung Melayu majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu yang terletak dalam Parlimen Bukit Gelugor.

‪Walaupun petugas kempen meminta penduduk disitu  turun menghadiri ceramah itu, permintaan nyata tidak mendapat sambutan.‬
Keadaan itu dilihat satu tamparan besar kepada Ramkarpal yang dilabelkan oleh DAP sebagai calon paling layak meneruskan legasi mendiang bapanya, Karpal Singh.‬

‪Ketibaan Ramkarpal pada pukul 10.15 malam juga sekadar menerima tepukan ‘lemah’ daripada orang ramai.‬

‪Ceramah tersebut mengulangi isu berhubung kenaikan harga barang, pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tohmahan terhadap Umno serta Barisan Nasional (BN).‬

‪Turut hadir, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai  Chegubard, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari. 

No comments:

Post a Comment