Followers

rantau ku sayang

Tuesday, May 27, 2014

Dyana 'bersilat' nak jawab pasal PERKASA...INilah Padah Kalau Nak Berbohong

Dyana Sofya Mohd Daud, terpaksa 'bersilat' sakat menjawab soalan wartawan selepas gambar beliau dan ibunya dalam majlis Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) tersebar di media sosial.

Calon DAP Parlimen Teluk Intan itu akhirnya mengaku yang ibunya, Yammy Samat, pernah terbabit dalam NGO berhaluan kanan yang dimusuhi DAP itu.

Dyana Sofya yang sebelum ini menafikan cakap-cakap mengenai perkara itu, turut mengaku pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan PERKASA pada 2008.

"Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota PERKASA ketika itu, dan saya pula masih belajar," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, pada masa itu ibunya meminta beliau membantunya mengendalikan pendaftaran keanggotaan PERKASA.

"Ya, ketika itu beliau terbabit dengan PERKASA tetapi selepas beberapa bulan beliau meninggalkan pertubuhan itu kerana tidak lagi percaya dengan PERKASA," katanya.

Dyana Sofya berkata demikian apabila diminta mengulas penyebaran gambarnya membantu Yammy pada majlis pelancaran laman web PERKASA dan kempen keanggotaan pertubuhan itu pada 2008.

Menyentuh kedudukan ibunya sebagai anggota jawatankuasa pertubuhan itu, beliau berkata status ibunya itu hanya sebagai jawatankuasa penaja memandangkan ibunya meninggalkan pertubuhan itu sebelum mesyuarat agung pertamanya.

"Saya tidak pasti sama ada beliau adalah anggota berdaftar PERKASA sebelum AGM itu...ibu saya seorang ahli UMNO, saya bukan. Beliau mungkin terbabit dengan PERKASA, saya tidak. Mungkin ini tidak harus jadi isu," katanya.

Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan bahawa Dyana Sofya menafikan yang ibunya pernah menyertai PERKASA, malah mendakwa ibunya tidak menyertai mesyuarat pertama pertubuhan itu.

Sementara itu, akhbar hari ini melaporkan bahawa Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman, mendedahkan Yammy adalah antara pemimpin penaja terawal penubuhan PERKASA apabila dilantik sebagai Ketua Wiranitanya yang pertama.

Hamidah berkata, maklumat itu diperoleh daripada Setiausaha PERKASA, Syed Hassan Syed Ali yang mengatakan Yammy berada dalam barisan kepemimpinan pertubuhan itu sehingga mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada Mac 2010 sebelum meletakkan jawatan.

Hamidah mendakwa sehingga kini juga tiada rekod yang menunjukkan Yammy telah menarik diri daripada menjadi ahli PERKASA.

No comments:

Post a Comment