Followers

rantau ku sayang

Monday, May 26, 2014

MENTERI LETAK JAWATAN, SALAH GUNA DANA HAJI!!!


Gempar!!! Ini macam baru boleh respek beb. Baru la kita boleh salute dengan pemimpin tu. Bila buat salah, terus ambik tanggungjawab dan letak jawatan.

Ada skandal je, terus berani mengaku dan ambik keputusan yang cukup matang untuk letak jawatan. Bukan macam sesetengah pemimpin kat Malaysia ni.

Nak pulak dikalangan pembangkang. Ada yang dah kantoi pun masih jugak tak nak mengaku. Orang siap buat tuduhan, tak de pulak dia nak ambik tindakan.

Sebaliknya, dia hanya nafi, nafi dan terus nafi. Lepas tu dok sibuk maki hamun orang kata orang saja buat cerita fitnah. Mengkala dia nak hentikan fitnah tu, tak de jugak dia buat. Setakat pandai nafi je, budak sekolah tadika pun pandai!!!
 JAKARTA: Menteri Agama Indonesia Suryadharma Ali hariini meletak jawatan sebagai menteri kabinet selepas didakwa terbabit dalam skandal penyalahgunaan dana haji.

Suryadharma yang juga Ketua Umum Parti Persatuan Pembangunan (PPP), membuat keputusan itu dalam pertemuannya dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan Naib Presiden Indonesia, Boediono di Istana Bogor, Jawa Barat pada Selasa.

Suryadharma adalah tokoh berprofil tinggi terbaharu, yang didakwa terlibat dalam rasuah seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) Indonesia kerana terbabit dalam skandal melibatkan agensi pengurusan dan pengendalian dana haji bagi 2012–2013.  

Sebelum ini, KPK dalam kenyataan mendakwa terdapat keraguan dalam urusniaga bernilai AS$20 juta (RM64 juta) yang merangkumi dana kerajaan serta wang simpanan umat Islam yang mahu menunaikan rukun Islam kelima itu.  


Dakwaan tersebut menimbulkan perasaan marah dan kecewa dalam kalangan rakyat kerana majoriti dari 234 juta penduduk negara itu adalah penganut agama Islam.

No comments:

Post a Comment