Followers

rantau ku sayang

Saturday, May 17, 2014

Statement Bodoh Ramkarpal - "Saya tak tahu cukai jalan tamat tempoh"

Cukai jalan pun boleh terlepas pandang, mcm mana nk jaga rakyat?

Calon parti DAP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo tidak menyedari cukai jalan kenderaan pacuan empat roda yang digunakan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 12 Mei lalu telah tamat tempoh.

Kata anak ketiga mendiang Karpal Singh itu, beliau menggunakan kenderaan itu hanya ketika hari penamaan calon dan ia jarang digunakan.

“Saya rasa tidak salah gunakan kereta tamat cukai jalan, lagi pun ia ini tak perlu dibesarkan kerana jarang digunakan.

“Saya hanya sedar cukai jalan kenderaan berkenaan telah tamat tempoh selepas dilaporkan media,” katanya selepas bertemu pengundi di pasar basah Air Hitam di sini hari ini.

Menyentuh isu yang sama Ramkarpal mengaku beliau juga tidak menerima sebarang surat saman dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tambahnya, kenderaan itu milik bapanya, mendiang Karpal Singh.

“Ayah saya (Karpal ) selaku pemilik kereta ini kini sudah tiada dan kita berdepan masalah untuk memperbaharui cukai jalan. Namun kami sedang berusaha untuk memperbaharui cukai ini dalam masa terdekat,” ujarnya.

Mengulas mengenai kempen beliau, Ramkarpal yakin dapat mengekalkan majoriti undi yang dimenangi ayahnya menerusi strategi baru.

"Minggu ini sejurus selepas penamaan calon kami sekadar berkempen mengedarkan poster dan minggu seterusnya kami akan berkunjung dari rumah ke rumah di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri di Parlimen ini iaitu Paya Terubong, Seri Delima dan Air Itam untuk bertemu masyarakat secara bersemuka," katanya.

Dalam pada itu, beliau kecewa dengan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan undi simpati akan diberikan kepadanya.

"Nama Karpal Singh sentiasa bersama saya dan saya tidak boleh mengubah atau melakukan apa-apa dalam hal itu.

"Saya akan ikuti jejak langkah bapa (Karpal) meneruskan legasinya yang dikenali sebagai Harimau Jelutong di hati rakyat di parlimen ini," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment