Followers

rantau ku sayang

Tuesday, May 27, 2014

Alahaiii Mat Sabu...Janganlah Racuni Fikiran Orang Melayu!!

Pertambahan undi Melayu untuk calon DAP, Ramkarpal Singh Deo dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor disifatkan satu kemenangan besar buat Pakatan Rakyat.

"Kita berbangga apabila undi melayu meningkat dalam PRK semalam. Orang Melayu di Bukit Gelugor tidak mudah terpengaruh dengan politik Umno BN.

"Satu kejayaan besar apabila unit peti undi di situ tidak pernah menang tetapi kali ini ia menyebelahi Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS, berkata, PRK Bukit Gelugor menyaksikan 869 undi dari Kampung Melayu telah berjaya diperoleh DAP berbanding 433 yang menyokong Parti Cinta Malaysia (PCM).

Difahamkan, Kampung Melayu merupakan salah satu daripada dua kawasan majoriti pengundi Melayu yang gagal diraih undi oleh DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Jelas Mohamad, kemenangan ini juga menunjukkan kebencian rakyat terhadap isu perkauman & pembaziran yang dibawa oleh Umno BN.
"Dalam keadaan rakyat miskin, kerajaan pula boleh membawa masuk dua ekor panda yang menelan kos puluhan juta ringgit, bagi rakyat ini adalah pembaziran," katanya yang juga Timbalan Presiden PAS.
Selain tanpa penyertaan Umno dalam PRK ini, bagi Mohamad tiga calon lawan DAP yang kehilangan wang deposit juga memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat menjadi pilihan rakyat.

"Kemenangan ini sekaligus menjadi referedum rakyat menolak pentadbiran Umno BN," tambahnya. Dakyah umno yang selama ini menggambarkan seolah2 bahawa DAP adalah Parti 'Rasis' ternyata telah ditolak Rakyat.
Ini adalah merupakan Isyarat Jelas buat Umno agar jangan memainkan isu perkauma yang ditolak oleh semua bangsa termasuklah Melayu.

No comments:

Post a Comment