Followers

rantau ku sayang

Monday, May 26, 2014

KHALID MENGAKU, DALAM PKR TAK SEMUANYA BAIK!!!


Heh! Senang betul dia ye tak. Bila ada orang lain yang kena tangkap atas tuduhan rasuah, senang - senang je dia bagi alasan kata dalam PKR tak semuanya baik.

Tapi bila kena batang hidung dia sendiri, menggelupor dia failkan saman terhadap orang yang buat tuduhan tu. Sebab apa dia cepat- cepat failkan saman?

Supaya orang tu tak terus mendedahkan skandal rasuah yang dia lakukan sepanjang pemilihan. Kiranya, dia failkan saman tu untuk tutup cerita.

Tinggal lagi, Kebenaran akan terbukti juga nanti. Si Khalid tu sudah pasti tidak akan dapat melarikan diri sekiranya dakwaan rasuah itu benar - benar dapat dibuktikan.

Jadinya, tak payah la dia nak dabik dada kata dia dari golongan ahli PKR yang baik. Sebaliknya, dia perlu mengaku yang dalam PKR tu sebenarnya, tak de yang baik pun. Semuanya jahat belaka!!! Lagi jahat dari lanun daratan!!!
 KAJANG - Tidak semua ahli PKR baik dan tidak semuanya jahat, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang laporan penahanan seorang ahli PKR kerana cubaan meminta rasuah.

Menurutnya, PKR sebuah parti terbuka dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan tidak bermoral seperti rasuah ataupun penyalahgunaan kuasa.

“Jika ada rasuah... salah guna kuasa, parti kita sangat berusaha agar perkara ini tidak berlaku.

“Kalau sesiapa tahu perkara itu (rasuah atau salah guna kuasa) berlaku, buatlah laporan. Kita tidak takut ia diselesaikan. Kita sangat terbuka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis meraikan perkahwinan anak perempuan Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini.

“Jadi, janganlah kita buat cerita-cerita atau fitnah.. Tak semua orang PKR baik semua. Tapi tak semua jahat.


“Jadi kita kena carilah. Kalau tak betul, kena betulkan. Kita tidak akan membiarkan perkara ini berlaku. Tapi jangan pula guna fitnah maknanya ada orang yang jadi terkorban kerana cerita-cerita yang tak betul,” katanya.

No comments:

Post a Comment