Followers

rantau ku sayang

Thursday, May 22, 2014

DUN P.Pinang Kecoh Lagi


Perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kembali kecoh kira-kira pukul 12.30 tengah hari Khamis apabila seorang ahli Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa dikasari sekumpulan Pemuda Umno.‬

‪Lelaki tersebut yang mendakwa kumpulan yang berada di seberang jalan di hadapan DUN memijak kasut dan merampas topi kaledar miliknya.‬

‪Kekecohan itu menyebabkan kesesakan di Lebuh Light.‬

‪Lelaki terbabit dilihat dibawa oleh polis untuk beredar dari kawasan tersebut.‬

"Apa salah saya? Saya nak pergi minum tapi mereka pijak kaki saya," dakwa lelaki itu.

Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid dan beberapa Adun BN turut keluar untuk menenangkan keadaan.
"Hangpa kena ingat, hangpa pembangkang di sini," katanya.

Polis berjaya mengawal keadaan dan situasi kembali normal kira-kira 15 minit kemudian.

Seramai 20 Unit Tindakan Ringan (LSF) ditugaskan mengawal pintu utama DUN sejak pukul 8.30 pagi untuk mengelakkan   insiden menceroboh masuk dewan pada petang Rabu tidak berulang lagi.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno, Arman Azha Abu Hanifah menafikan sekumpulan pemuda Umno mengasari lelaki tersebut.

Sebaliknya, beliau mendakwa lelaki tersebut yang memulakan provokasi terlebih dahulu.

"Dia datang ke arah kami dan bersalaman dengan ketua bahagian kemudian tunjuk helmet yang tertera perkataan 'asal bukan Umno'," kata Arman ketika ditemui pemberita. 

No comments:

Post a Comment