Followers

rantau ku sayang

Tuesday, May 20, 2014

TAN SRI SYED MOHKTAR MAHU AMBILALIH & PULIH MAS DARI KERUGIAN



Tokoh konglomerat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dipercayai individu yang mahu mengambil alih dan memulihkan semula Malaysia Airline System Berhad (MAS).

Syed Mokhtar dipercayai sudah lama berhajat untuk menguasai MAS tetapi gagal.

Meskipun usaha untuk memperoleh MAS sebelum ini tidak berjaya, namun kali ini tokoh korporat Melayu serius untuk membantu MAS selepas beberapa siri kerugian dan pelbagai masalah dihadapi oleh syarikat berkenaan.

Spekulasi penjualan MAS kepada Syed Mokhtar bertiup kencang sejak tahun lalu namun senyap begitu sahaja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dikaitkan dengan penjualan MAS kepada Syed Mohktar apabila beliau didakwa memberi cadangan itu.

Difahamkan 'orang kuat' Syed Mokhtar sudah pun bersedia untuk membawa hasrat tokoh konglomerat itu kepada kerajaan dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Syed Mokhtar dikatakan bercadang untuk mengambil alih kepentingan MAS daripada Khazanah Nasional Berhad sekitar 64 peratus tetapi kerajaan masih boleh memegang 'golden share' dalam syarikat penerbangan itu.

MAS kembali menjadi fokus selepas syarikat itu mengumumkan kerugian bersih pada suku pertama tahun ini sebanyak RM473 juta, selain menyaksikan penurunan faktor muatan terutama bagi penumpang antarabangsa pada kadar yang tinggi iaitu 60 peratus.

Insiden kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu yang masih gagal dikesan sehingga hari ini dijangka mengakibatkan impak kepada reputasi MAS.

Kebanyakan penganalisis pasaran meramalkan MAS akan terus mengalami kerugian pada suku kedua dan ketiga tahun ini.

Keadaan MAS yang semakin kritikal itu dipercayai menyebabkan semakin banyak bakat-bakat terlatihnya termasuk krew, juruterbang dan juruteranya 'lari' ke syarikat lain kerana syarikat penerbangan itu gagal memberi faedah dan gaji yang diharapkan.

Bimbang dengan situasi semasa Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS (MASEU) mahu pengurusan MAS yang diterajui oleh Ahmad Jauhari Yahya melepaskan jawatan berkenaan dan memohon kerajaan supaya MAS diterajui oleh 'orang dalam' yang tahu selok-belok industri penerbangan.

No comments:

Post a Comment