Followers

rantau ku sayang

Friday, June 6, 2014

Ada Lagi PRK Selepas Ini?

Desas desus di kalangan pimpinan PKR mengatakan akan ada ‘MOVE’ dibuat
dalam masa yang terdekat ini. Move untuk resign dan kononnya
memberikan peluang kepada muka baru untuk diberikan mandat oleh
rakyat.
Kita kena semua faham, Anwar Ibrahim bekerja dengan strategi yang
tersusun. Dia bukan main balun. Kalau ikut mapping Anwar, momentum
Pilihanraya Kecil sangat perlu dalam mengecilkan kredibiliti Najib dan
Kerajaan. Pilihan kawasan mesti tepat.
Anwar cuma sedikit kecewa kerana Teluk Intan tidak berjalan seperti
diharapkan. Walaupun Izzah buat kenduri pulut kuning kerana Dyana
kalah, Anwar tidak fikir begitu. Pada Anwar, momentum kemenangan PRK
adalah segala-galanya. Sebab itu, pada Anwar jika Najib berhadapan
dengan kekalahan PRK sebanyak yang mungkin, kedudukan sebagai Presiden
UMNO/Pengerusi BN akan goyah.
DAP/PKR sudah siap sedia dengan key messaging jika Teluk Intan berjaya
dimenangi Dyana:-

1. Najib, Muhyiddin Gagal
2. Bukti Rakyat Tidak Bersama Kerajaan
3. Majoriti 52 % Sudah Bersuara
4. Sabotaj Dalaman Punca Mah Tewas
5. Najib Terdesak
6. Dyana Bawa Harapan Orang Muda
Semua itu sudah siap dan dibuang sahaja ketepi dengan kekalahan DAP.

Anwar memang kecewa, kerana DAP gagal kotakan janji untuk menang semua
kawasan yang berhadapan dengan PRK.
Ikut kiraan Anwar, ada 12 lagi kawasan yang akan berdepan dengan PRK.
Termasuk beberapa kawasan di Sabah.
Calon sudah dikenalpasti. Dana sedang dikumpul dan dicari. Untuk
selesa dalam setiap PRK, dana RM3 juta adalah angka yang munasabah.
Itu semua memerlukan modal yang besar.
Katanya dana ‘Selangorku’ sudah tidak semewah dulu. Ada sekatan. Tidak
mudah untuk digunapakai ikut suka.
Modal. Sekarang masalah Anwar adalah modal.-GelagatAnwar.

No comments:

Post a Comment