Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 5, 2014

ALAHAIII.....DEMI TUDUNG FAREEDA SANGGUP TIDUR DIKAKI LIMA DEPAN KEDAI....

 Bayangkan, butik tudung Fareeda hanya dibuka pukul 11 pagi namun pembeli sudah mula beratur di depan butik sejak pukul 6 petang semalam.

Malah nombor giliran pelanggan pula dibuka pada pukul 8 pagi dan ia kehabisan menjelang pukul 11.30 pagi kerana nombor telah melebihi 1,000 orang.
Yang membuatkan ramai orang pompuan tidur kat kaki lima kedai Fareeda baru-baru ialah sebab syarikat tu tampil memperkenalkan koleksi tudung terbaru yang diberi nama Nourra.Menurut pengarah Fareeda, Mawar Abdul Karim, Nourra diperkenalkan awal menjelang bulan Ramadan bagi membolehkan kaum wanita membuat persiapan Hari Raya lebih awal.

Kata Mawar.., "Kami ingin memberi keselesaan kepada pembeli kami agar dapat membeli tudung Fareeda lebih awal untuk disuai padan dengan baju raya nanti. Justeru, mereka tidak perlu menunggu di saat akhir untuk membuat persiapan Hari Raya dan boleh berbelanja dengan berhemah."

Masalahnya.., memberikan keselesaan yang macam mana Mawar oii sampai pelanggan terpaksa tidur di kaki lima kedai semalaman? Dan menurut info, seorang pelanggan hanya boleh beli 2 helai je tudung setiap sorang..Dan bukan semua pelanggan yang tidur kat kaki lima tu boleh dapat beli tudung tau.. Ada yang balik dengan tangan kosong sebab tudung dah habis dijual..

So.., diharap syarikat tudung ni jangan berbangga sangat dengan orang ramai yang sanggup tidur di kaki lima butik dorang.. Itu sebenarnya tanda korang tak reti urus dan layan pelanggan korang secara tertib dan berhemah. 

No comments:

Post a Comment