Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 12, 2014

Exco Agama P.Pinang Mohon Maaf Kepada Keluarga Cheng Cheng...Macam Tu Sekali Ker?

Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim pada Rabu memohon maaf kepada keluarga Teoh Cheng Cheng atas insiden pada Isnin lepas melibatkan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Beliau berkata tindakan pegawai JHEAIPP dianggap kurang sensitif tentang adat resam, agama dan perasaan ibu si mati, Tan Mah Suan.

"Saya bagi pihak JHEAIPP dan selaku Exco Hal Ehwal Agama ingin memohon maaf kepada keluarga si mati (Cheng Cheng) atas insiden yang berlaku Isnin lepas," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini Rabu.

Pada Isnin lepas, mayat Cheng Cheng telah dituntut JHEAIPP dengan kehadiran polis ketika upacara pengembumian mengikut agama Taoism kerana si mati didakwa sudah memeluk agama Islam.

Abdul Malik berkata beliau menghormati keputusan keluarga untuk merujuk isu berkenaan ke mahkamah untuk memutuskan status keIslaman si mati.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga berasa kesal dengan tindakan JHEAIPP berkata kerajaan negeri bersedia menghulurkan bantuan sewajarnya kepada keluarga si mati.

Takut Hilang Jawatan Ker? 

No comments:

Post a Comment