Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 12, 2014

Saman Terhadap Malaysiakini Tidak Jejas Kebebasan Media...Saman Saja Lah

Kerajaan pada Rabu menegaskan kes saman fitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap portal Malaysiakini tidak menjejaskan kebebasan akhbar di negara ini, terutamanya media atas talian.

"Perdana Menteri sering menyatakan komitmen untuk melindungi kebebasan media atas talian Malaysia. Kes fitnah tidak menjejaskan komitmen ini," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Rabu.

Menurut kenyataan itu, Malaysia mempunyai media atas talian yang bebas apabila dapat dilihat terdapat portal berita yang kerap mengkritik Perdana Menteri dan Kerajaan.

Turut ditegaskan bahawa bahawa dua artikel berita yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 14 Mei 2014, merupakan fitnah.

No comments:

Post a Comment