Followers

rantau ku sayang

Wednesday, June 4, 2014

Faktor Hudud, DAP Kalah Di Teluk Intan – Gobind Singh Deo

Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo berpendapat faktor hudud merupakan punca kekalahan calon parti itu, Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Menurutnya, berdasarkan analisis awal, DAP telah kehilangan 25 peratus daripada undi bukan Melayu dalam PRK itu.

“Saya berpendapat bahawa kontroversi berkaitan dengan pelaksanaan hudud oleh PAS menjadi menyumbang yang ketara terhadap kekalahan kami di Teluk Intan.

“Ketika PAS bekerja tanpa mengenal penat lelah dengan kami dalam DAP sepanjang kempen tersebut, yang mana kita bersyukur, (namun) mereka (PAS) berdiri teguh walaupun ketika tempoh kempen, bahawa mereka akhirnya akan melaksanakan hudud,” katanya dalam tulisan bertajuk “ Considering the Hudud factor in Teluk Intan loss,” disiarkan The Roket hari ini.

Kata Gobind Singh, ia dibuktikan dengan kenyataan PAS bahawa bahawa rang undang-undang hudud yang akan dibentangkan di Parlimen pada September walaupun mendapat bantahan daripada DAP yang berdiri teguh dengan agenda bersama Pakatan Rakyat (PR) yang ditandatangani pada tahun 2011.

“Pada pendapat saya, isu ini bermain dalam fikiran ramai pengundi kerana rata-rata daripada mereka tidak menyokong hudud dan merasakan bahawa Malaysia mesti kekal sebagai negara sekular dengan kuasa sepenuhnya diberikan kepada Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang ada .

“Ini boleh menyebabkan undi protes secara senyap terhadap PR.

“Ramai juga secara terbuka melahirkan kebimbangan mereka terhadap hasrat PAS yang meletakkan agenda hudud ke hadapan walaupun pada hakikatnya ia bukan sebahagian daripada agenda bersama PR, mereka mengatakan mereka merasa keliru dengan menyokong pemikiran PAS (sedangkan) parti itu tidak lagi melaungkan slogan penubuhan sebuah Negara Islam dalam dua pilihan raya yang lepas.

“Oleh kerana itu, ramai yang berhati-hati untuk menyokong PR seperti memberi sokongan kepada PAS dan agenda mereka untuk melaksanakan hudud,”katanya lagi.

Menurutnya, walaupun DAP memilih calon yang tepat untuk PRK Teluk Intan, Dyana Sofya dan parti bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangkannya, namun faktor calon dan visi masa depan tidak boleh memadamkan keraguan pengundi terhadap hudud.

“Kita mesti kembali kepada asas. Kita mesti berani dan menangani masalah-masalah ini sekarang. Jika kita gagal untuk menanganinya , kesan-kesan yang timbul daripada ketidakupayaan kita itu, pada fikiran saya akan menjadi satu bencana pada masa depan,” tegasnya. 

No comments:

Post a Comment