Followers

rantau ku sayang

Wednesday, June 4, 2014

PM saman Malaysiakini kerana fitnah...

Setelah diberi tempoh dua hari tarik balik artikel yang fitnah beliau...akhirnya Datuk Seri Najib Razak telah fail saman terhadap portal berita Malaysiakini.

Ini berhubung dua artikel dua artikel 'Yoursay' bertarikh 14 Mei, berjudul “A case of the PM reaping what he sows” dan “How much will Najib spend to keep Terengganu?” berhubung krisis politik Terengganu yang disiar pada 14 Mei lalu.

Perdana Menteri sebelum ini memberi tempoh berakhir 18 Mei agar portal berita pro pembangkang itu menarik balik artikel berkenaan.Namun Malaysiakini enggan.

Saman itu disampaikan ke pejabat Malaysiakini di Bangsar Selasa.

Ia difailkan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili UMNO dan Najib.

Defenden saman itu ialah penerbuit Malaysiakini ,Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Pengarang Kumpulan ,Steven Gan and pengarang Fathi Aris Omar.

Turut sama mengemukakan saman itu ialah Setiausaha Kerja UMNO Malaysia Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Pada 27 Mei lalu semasa berucap di Malam Anugerah Kelab Media Kebangsaan di ibu negara Perdana Menteri menegaskan tindakan beliau hendak menyaman Malaysiakini bukan bermaksud untuk menutup mulut pengkritik terhadap dirinya.

Sebaliknya,menurut beliau tindakan undang-undang itu diambil selepas portal itu telah melanggar etika kewartawanan termasuk wujudnya perbuatan menyebar fitnah.

“Tuduhan portal berita itu telah melanggar peraturan kewartawanan. Jadi mereka telah dikemukakan surat saman.

“Saya ingin jelaskan tindakan ini bukan untuk mengeruhkan keadaan. Ia juga bukan tindakan untuk menutup mulut sesiapa,” katanya.

Najib berkata pemimpin pembangkang sendiri selama ini bertindak menyaman media prokerajaan.

“Apabila respon untuk sesebuah berita dalam talian, ia boleh menjadi juga sebuah beritanya sendiri. Kita semua kadang-kadang akan mendapatkan maklumat yang salah.

“Apa yang penting ialah bagaimana kita bertindak, respon dan meneruskan hidup,” katanya 

No comments:

Post a Comment