Followers

rantau ku sayang

Sunday, June 1, 2014

Haron Din terkejut Abdul Hadi alami masalah kesihatan

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din melahirkan rasa terkejut apabila Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turki atas masalah kesihatan semalam.

Menurut Haron, keadaan kesihatan Presiden PAS itu sentiasa di dalam keadaan yang baik dan kejadian tersebut adalah pertama kali dilaporkan.

"Setahu saya, apabila dia mengalami sesak nafas berkemungkinan dari komplikasi jantung, ini adalah kali pertama. Selama kami berkomunikasi dan bertemu, kesihatan beliau berada terjaga dengan baik jika berbanding dengan sayalah.

"Sebelum beliau ke sana, kami ada bertemu baru-baru ini dan saya lihat keadaanya baik. Saya sentiasa berhubung dengan setiausaha politik juga, dan (diberitahu) keadaannya baik. Ini yang saya baru dengar beliau kurang sihat," katanya ketika dihubungi Antarapos, sebentar tadi.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya di laman Tweeter berkata, beliau telah mengarahkan Kedutaan Malaysia di Turki memberi sokongan sewajarnya bagi membantu Abdul Hadi.

"Dimaklum DS Hadi Awang diwadkan di hospital Istanbul. Pagi tadi saya hubungi kedutaan utk pastikan DS diberi sokongan sepatutnya," kata Perdana Menteri.

Terdahulu portal Harakahdaily melaporkan, setiausaha politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar yang turut bersama Hadi berkata, Presiden PAS itu dibawa dengan ambulan kira-kira pukul 8.45 malam tadi waktu Malaysia selepas mengadu sesak nafas.

Difahamkan, Ustaz Hadi kini dirawat di sebuah hospital universiti di Medipol Universitesi Hastansi, Istanbul.

Sementara itu, dalam satu lagi mesej, anak beliau Muhammad Khalil Abdul Hadi turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu keadaan bapanya stabil.

"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia," ujarnya. 

No comments:

Post a Comment