Followers

rantau ku sayang

Sunday, June 1, 2014

PESANAN IKHLAS BUAT DATUK MAH SIEW KEONG!!!


Biar pun pahit tapi perlu ditelan juga. Itu ungkapan orang lama yang melihat kepada realiti semasa. Walaupun menang di Teluk Intan, tapi kita perlu sentiasa beringat.

Berpijak la dibumi yang nyata. Jangan kita bangga sangat dengan kemenangan hari ini. Itu diantara nasihat yang SH tujukan khas buat Datuk Mah Siew Keong.

Sungguh pun kemenangan semalam memberi satu kejutan budaya kepada DAPigs yang selama ini ingat diri mereka tidak tercabar, tapi kita juga perlu sedar tentang hakikat.

Realitinya, Datuk Mah hanya menang 238 undi sahaja. Ianya jumlah majoriti yang sangat kecil. Betul ada orang kata, "Satu undi pun kita dah menang".

Tapi itu bukan alasan untuk mereka berhenti dari menjalankan tugas yang lebih berat dimasa akan datang. Tanggungjawab Datuk Mah lebih besar dari yang dia sangkakan.

Mungkin PM dah bagi jaminan, sekiranya Datuk Mah menang, maka dia akan diberi jawatan sebagai Menteri Kabinet. Tapi itu pun bukan alasan untuk dia mendabik dada.

Kita kena sedar. Usaha untuk meraih semula sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional masih jauh dari kenyataan. Datuk Mah menang pun sebab lawan dia orang Melayu.

Langkah sumbang yang dilakukan oleh DAPigs memberi laluan mudah untuk Datuk Mah meraih 71 undi lebih dari yang dia dapat dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Kita juga perlu ingat. Termasuk Datuk Mah, dua orang pemimpin dari kalangan orang Cina hanya memperolehi majoriti mudah untuk menang.

Datuk Mah sebagai Presiden Gerakan hanya dapat undi majoriti sebanyak 238 undi. Manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MCA hanya dapat 379 undi je.

Maknanya, kedua - dua pemimpin besar bagi parti yang mewakili majoriti Cina ni hanya dapat majoriti kurang dari 500!!! Jadi, tak de apa yang perlu dibanggakan sangat.

Sebaliknya mereka perlu berusaha dengan lebih keras untuk meraih sokongan dari kalangan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional. Jangan la dek kerana nak jawatan dalam kabinet, diorang lupa pulak tugas besar diorang ni. Takut nanti, ada jugak yang berputih mata!!!

No comments:

Post a Comment