Followers

rantau ku sayang

Tuesday, June 3, 2014

MCA BUAT SEMINAR HUDUD, DAPigs BILA LAGI???


Hah! DAPigs bila lagi nak buat seminar tentang Hudud ni? PAS tak nak anjurkan seminar pemahaman ke untuk diorang ni? Kalau bercakap bukan main lagi.

Setidak - tidaknya MCA ni ada juga la inisiatif nak bagi pemahaman kepada golongan bukan Islam terutama dikalangan masyarakat Cina tentang Hukum Hudud.

PAS yang dah sekian lama menjaja dasar perlaksanaan Hukum Hudud pun tak de nak ambik inisiatif untuk menerangkan Hudud kepada orang Bukan Islam.

Jangan kata nak bagi tarbiyah kepada orang Bukan Islam. Nak bagi penjelasan pada ahli sendiri pun diorang tak buat. Termasuk la ahli yang Islam sendiri.

Jadi nak laksana macam mana kalau dah macam tu gayanya? Memang nampak sangat yang PAS ni sengaja menjadikan isu perlaksanaan Hudud ni sebagai bahan Politik.

Bak kata puak - puak DAPigs, PAS ni nak buat Hudud ni sekadar untuk meraih sokongan dan undi dari orang Melayu. Bukannya diorang betul - betul nak menegakkan Hukum Islam!!! Setakat cakap je, baik tak payah!!!
 KLANG: Seminar MCA mengenai hudud berlangsung di sini dengan berpuluh-puluh penduduk menghadiri sesi yang diadakan dalam bahasa Cina itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang undang-undang Islam tersebut.

Dianjurkan oleh sayap wanita parti itu, acara ini adalah sebahagian daripada pakej 26 seminar yang dijadualkan berlangsung di seluruh negara.

Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie berkata seminar itu bertujuan menyediakan lebih banyak maklumat mengenai hudud kepada rakyat.

"Seminar adalah untuk memberi pemahaman tentang hudud, implikasi dan kesannya," kata Heng pada sidang akhbar sebelum bermulanya acara tersebut, Ahad.

Seminar bertajuk 'Apa Yang Anda Tahu Mengenai Hukum Hudud?' akan dijalankan dalam bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Heng berkata seminar itu akan membantu orang ramai untuk memahami hudud dan membantu mereka membuat keputusan sama ada mereka bersetuju dengan pelaksanaannya.


"Sesetengah orang berfikir bahawa ia tidak melibatkan orang bukan Islam atau hanya akan dilaksanakan di satu negeri, jadi kami mengambil keputusan untuk menganjurkan seminar ini untuk memberikan maklumat yang diperlukan," katanya.

No comments:

Post a Comment