Followers

rantau ku sayang

Sunday, June 1, 2014

Panasss Ni!!!!! 300 ahli PKR ugut keluar parti jika Rafizi menang

Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kemaman menerima tamparan apabila kira-kira 300 ahlinya mengugut untuk keluar parti beramai-ramai jika keputusan pemilihan jawatan ketua cabang itu berpihak kepada Rafizi Ramli.

Bekas Ketua Ranting PKR Jalan Jakar, Teow Chew Huat, 58, mendakwa, tindakan itu akan diambil sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak tertentu menggugurkan bekas naib ketua, Lee Sang Liem daripada bertanding jawatan timbalan pada saat-saat akhir.

Menurutnya, kira-kira 200 ahli PKR sekitar Air Jernih dan 100 ahli di Jalan Jakar yang majoritinya berketurunan Cina akan mengambil tindakan itu apatah lagi, beliau percaya majoriti ahli sebenarnya lebih menyenangi pencabar Rafizi iaitu Mohd. Ramlee Hamzah.

Katanya, tindakan menghalang Sang Liem daripada bertanding amat dikesali memandangkan bekas Naib Ketua Cabang itu merupakan seorang komited dan sangat setia kepada parti.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas selesai proses Pemilihan Cabang PKR Kemaman di sini hari ini.

Chew Huat berkata, beliau dan rakan-rakan lain nekad keluar PKR sekiranya calon pilihan mereka iaitu Mohd. Ramlee tewas kepada Rafizi dan kemungkinan menyertai DAP.

“Kalau nak main kotor macam ini, lebih baik tak buat pemilihan, kekalkan saja kepimpinan yang ada sekarang, kalau nak buat juga biarlah telus," tegasnya.

No comments:

Post a Comment