Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 12, 2014

Penyokong Azmin Berdemo, Serang Khalid Ibrahim


Kira-kira 30 orang Ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) berdemonstrasi di hadapan ibu pejabat parti itu malam tadi bagi menyatakan sokongan terhadap penyandang Timbalan Presiden, Azmin Ali lewat malam tadi.

Ketika mereka hadir Azmin dan sedang bermesyuarat bersama pemimpin tertinggi PKR, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kebanyakan mereka yang hadir adalah dari seluruh Selangor dikatakan kecewa dengan cara pemilihan parti yang tidak memuaskan.
 Para penyokong Azmin turut menjerit mengeluarkan kata-kata sebagai rasa tidak berpuas hati terhadap Khalid Ibrahim ketika beliau keluar menuju ke kenderaannya selepas selesai mesyuarat tersebut.

"Mereka berada di sini hanya untuk menunjukkan sokongan kepada Azmin," kata seorang jurucakap Azmi Roslan.

Beliau berkata penyokong yang hadir merupakan generasi baru yang mahu melihat kepimpinan parti diterajui Azmin.

"Mereka datang dari seluruh Selangor dan mereka penyokong kuat Azmin," kata Azmi, sambil menambah bahawa mereka yang berusia antara 20 dan 29 tahun.

Sebelum ini penyokong-penyokong Azmin di lama sosial mendedahkan terdapat usaha sabotaj dilakukan oleh musuh politik Azmin untuk memastikan penyandang Timbalan Presiden PKR itu kalah di Selangor. 

No comments:

Post a Comment