Followers

rantau ku sayang

Friday, June 6, 2014

SAIFUDIN AKUI, KAK WAN SURUH BERTANDING LAWAN AZMIN???


Hah! Nampak gayanya pemilihan PKR kali ini semakin bertambah menarik bila Si Siputdin tu dikatakan telah membuat pendedahan 'Berani Mati' yang buat Kak Wan pening lagi.

Jika semalam, ada yang desak supaya keahlian Si Azmin tu digantung ekoran pendedahan mengenai amalan rasuah yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.

Kali ini, satu lagi pendedahan dibuat mengenai kedudukan Si Siputdin tu pulak. Katanya Si Siputdin tu telah diarahkan oleh Kak Wan Omega untuk bertanding menentang Azmin.


Wah!!! Biar betik!!! Betul ke apa yang didedahkan ni? Adakah benar Kak Wan tu yang keluarkan arahan tersebut kepada Si Siputdin sebelum ini?

Tapi kalau betul pun, apa yang nak diherankan sangat. Mungkin sebab itulah Si Nurul Izzah tu pun beria - ia nak Si Siputdin tu menang. Mungkin itu pun atas arahan Kak Wan jugak.

Tambahan pulak bila dikalangan PKR sendiri mengakui bahawa Si Siputdin tu sejak dari dulu lagi memang menjadi Kuda Tunggangan Si Kak Wan tu.

Pada 26 April yang lalu, pengunjung setia laman AIDC, ‘sman’ yang juga bekas aktivis reformasi dan PKR menegaskan bahawa Saifuddin bukan ‘kuda baharu’ Si Ketua Penipu tu. 

Dia jugak yang mendedahkan hubungan diantara Si Siputdin tu dengan Kak Wan yang katanya berselindung di sebalik imej Si Ketua Penipu tu sendiri.
 “Saifuddin sebenarnya bukan kuda Anwar, tapi kuda Wan Azizah dan Nurul Izzah. Dua beranak ini sampai bila-bila pun tak mungkin sebulu dengan Azmin..

“Tapi percayalah, hayat politik Saifuddin sudah berakhir, sebaik berakhirnya pemilihan nanti, tak tahu lah kalau Saifuddin boleh menang kerana (ahli PKR) terpedaya oleh trik kem Saifuddin yang mengaku sebagai kuda Anwar,” katanya ketika mengulas kolumnis FMT, Lisa Adam yang melabelkan Saifuddin sebagai kuda baharu Anwar.
Maka tak heran la sekiranya benar dakwaan mengatakan bahawa Si Siputdin tu bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden atas arahan Kak Wan Omega tu sendiri.

Sejak dari dulu pun, hubungan Si Kak Wan dengan Si Azmin memang tak 'Ngam'. Nampak sangat yang kemelut yang melanda kepimpinan dalam PKR ni bertambah kronik. 

Apa yang pasti, semuanya akibat kerakusan kuasa Politik berkepentingan peribadi masing - masing. Diorang yang sibuk nak berebut kuasa sesama sendiri. Bukannya diorang nak perjuangkan rakyat sangat pun!!!

No comments:

Post a Comment