Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 12, 2014

SORANG LAGI PENGIKUT KHALID IBRAHIM DIPECAT!!!


Berita terkini mengenai 'Pesta Buih PKR' ini membuatkan lebih ramai orang mula sangsi dengan parti yang KONONnya maksum sangat tu apabila tiga lagi dipecat hari ini.

Salah seorang dari mereka dikatakan sebagai agen kepada Azmin di Kuala Selangor yang didakwa mengamalkan Politik wang dalam pemilihan kali ini.

Ibrahim Mahidin dipecat kerana GAGAL menjawab dakwaan amalan rasuah semasa pemilihan Cabang Kuala Selangor dijalankan sebelum ini.

Ibrahim dituduh melakukan perkara tersebut oleh Calon Timbalan AMK Kuala Selangor, Bobinath Vello yang turut membuat laporan di balai Polis Jeram.

Dalam laporan tersebut, Ibrahim didakwa sebagai pengurus kempen kepada Tan Sri Khalid Ibrahim telah menawarkan RM 50 kepada ahli dicabang tersebut.

Wang tersebut adalah bagi mendapatkan sokongan untuk Khalid. RM 20 untuk jawatan Timbalan Presiden manakala RM 30 untuk jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

V. Bobinath juga turut membuat dakwaan terhadap Ibrahim yang dikatakan telah membayar RM500 kepadanya di Jeram kira - kira jam 2.30 petang pada hari pemilihan.

Soalnya sekarang, kenapa hanya Ibrahim sahaja yang dikenakan tindakan sedemikian sedangkan Si Khalid Ibrahim tu masih lagi terlepas dari sebarang tindakan?

Dan kenapa mereka hanya mengambil tindakan membuat laporan terhadap penyelewengan yang berlaku kepada JPP dan tidak kepada pihak berkuasa?

Apa tindakan SPRM seterusnya? Adakah mereka hanya akan terus melihat dan membutakan mata dari mengambil tindakan yang sewajarnya?

Adakah pihak SPRM juga mengamalkan dasar 'Siasatan Terpilih' dan hanya memejamkan mata dari melihat serta membaca laporan yang telah didedahkan sebelum ini?

Kalau ditanya kepada pihak SPRM, sudah tentu jawapan mereka, "Tidak ada laporan yang dibuat maka tindakan tidak boleh diambil." Itu je la jawapan yang mampu diorang berikan.

Kalau hanya itu je alasan yang mampu diorang berikan, buat mengabihkan masa je. Baik tak payah wujud kalau diorang tak boleh nak ambik apa - apa tindakan.

Kalau masa pemilihan UMNO hari tu, diorang siap duduk dalam jawatankuasa disiplin supaya dapat diambil tindakan yang sewajarnya. Ada yang siap didakwa ke mahkamah. 

Tapi kenapa dalam pemilihan PKR diorang boleh buat -buat tak tau je? Itu persoalan yang perlu dijelaskan oleh pihak SPRM agar rakyat tidak mempertikaikan integriti Suruhanjaya tersebut dimasa akan datang!!!

No comments:

Post a Comment