Followers

rantau ku sayang

Wednesday, June 4, 2014

Syed Bukhari sertai dunia penyiaran...Alhamdulilah Kita Tukar Plak


Puncak Semangat Sdn Bhd, syarikat dikuasai taikun Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary akan menyediakan dua juta unit Set-Top Box percuma kepada pengguna kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka menerima siaran percuma (FTA) Televisyen Digital Daratan (DTT).

Apabila fasa pertama DTT yang akan bersiaran mulai April 2015 dilaksanakan, pengguna perlu menggunakan Set-Top Box untuk menerima siaran televisyen dalam format digital yang akan mempunyai keupayaan hingga 30 siaran.

Siaran FTA DTT dijangka dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara menjelang Jun 2016.

Bagaimanapun, bagi kalangan pengguna ASTRO sedia ada tidak perlu menggunakan Set-Top Box untuk mendapat siaran televisyen digital itu.

Timbalan Pengarah Projek - DTT Puncak Semangat, Mohamed Redzwan Yahya, berkata syarikat sedang berunding dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menetapkan spesifikasi Set-Top Box dan harga peranti terbabit.

Puncak Semangat yang memenangi konsesi 15 tahun bagi membangunkan kemudahan rangkaian dan infrastruktur DTT FTA Malaysia, yakin menyediakan liputan kepada 85 peratus penduduk dalam fasa pertama pelaksanaan sebelum berkembang kepada 98 peratus dalam fasa kedua.

Sistem penyiaran analog sekarang memberi liputan kepada 98 peratus penduduk.

Sementara itu, Pengarah Projek, Nik Abdul Aziz Nik Yaacob, berkata syarikat akan melabur RM2 bilion sebagai perbelanjaan modal dan RM2.5 bilion bagi perbelanjaan operasi sepanjang tempoh konsesi DTT seperti yang ditetapkan SKMM.

Pelaburan itu meliputi pembangunan Hab Penyiaran Media Digital (DMBH); Pusat Pemulihan Bencana (DRC); pembinaan enam pusat panggilan serantau dan lapan pusat perhubungan pelanggan; menaik taraf dan memasang 60 pemancar di kawasan utama termasuk 32 di Semenanjung dan bakinya di Sabah dan Sarawak.

Pelaburan juga diperuntukkan bagi merapatkan jurang liputan di 30 kawasan kecil seluruh negara; mendapatkan perkhidmatan daripada penyedia rangkaian dan transponder satelit; dan pakej Set-Top Box (STB) dan antena mudah alih (CPE).

“Pelaksanaan DTT akan dilaksanakan bermula dari kawasan luar bandar seterusnya ke bandar utama berdasarkan pengguna di luar bandar yang tidak memiliki ASTRO dan bergantung kepada penyiaran FTA.

“Kami bermula di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak, Perlis, kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sebelum ke fasa terakhir iaitu di Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya,” katanya dalam sidang media pengumuman pelan pembangunan DTT di Kuala Lumpur, Isnin. 

No comments:

Post a Comment