Followers

rantau ku sayang

Friday, June 6, 2014

Tiga draf udang-undang bagi mengantikan Akta Hasutan patut dikaji semula.

Ketiga-tiga draf tersebut bimbang akan menetepikan Kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam memelihara hak Keistimewaan orang Melayu dan kuota dalam perhidmatan awam yang hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja dibawah Perlembagaan Persekutuan.

Draf baru kelihatan menganggu gugat hak istimewa orang Melayu..kedaulatan Raja-Raja dan agama negara yang sepatutnya tidak disentuh... Draf baru seolah cuba menghapuskan apa yang kita ada hari ini...

APA KATA ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA???
Sila baca sampai habis!!!

KAJI SEMULA KEPUTUSAN MANSUH AKTA HASUTAN

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Melayu (MPM) menggesa kerajaan supaya mengkaji semula secara serius keputusan memansuhkan Akta Hasutan 1948 berdasarkan perkembangan terkini yang berlaku dalam negara.

Sehubungan itu MPM mendesak kerajaan supaya meneliti lebih mendalam tiga draf rang undang-undang yang dicadang menggantikan Akta Hasutan.

"Ini bagi memastikan usaha menghakis asas-asas kenegaraan tidak berlaku (melalui cadangan akta baharu) atas nama menjulang hasrat perpaduan dan keharmonian nasional," kata Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundingan MPM, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata wujud beberapa asas kukuh yang menjadi kebimbangan terutama bagi orang Melayu dan umat Islam dalam draf ketiga-tiga rang undang-undang itu.

Tiga draf rang undang-undang yang dimaksudkan ialah Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pada 30 Mei lepas.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr Hasan Mad, bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Haniff Omar, Pengerusi Yayasan Nassar, Nasharudin Mat Isa dan 40 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu.

Abdul Aziz berkata, MPM bimbang ketiga-tiga draf itu mengenepikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam hal memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan beberapa perkara seperti kuota dalam perkhidmatan awam yang hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Dengan menggunakan istilah seperti 'discrimination' (diskriminasi) dan 'racial superiority' (keunggulan kaum), jelas penggubal tidak sensitif terhadap peruntukan-peruntukan itu," katanya.

Beliau mendakwa ketiga-tiga draf itu juga mahu menghakis kedaulatan perkara asas negara seperti memberi tumpuan hanya kepada prinsip hak kesamarataan (equality) tetapi mengenepikan prinsip 'positive discrimination (diskriminasi positif) yang merupakan kekecualian dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Penggubal juga gagal merujuk kepada fasal-fasal utama lain dalam Perlembagaan yang merupakan perkara-perkara asas yang membentuk negara ini dan asas perpaduan dan keharmonian khususnya Perkara 3 (1) dan Perkara 37 (1) Perlembagaan, katanya.

MPM juga menarik perhatian kepada rujukan yang dibuat penggubal draf terhadap konvensyen hak asasi manusia seperti International Convention of Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang tidak diratifikasi Malaysia.

Abdul Aziz turut mendakwa ketiga-tida draf itu mengenepikan kedaulatan agama Islam negeri-negeri yang tidak pernah diganggu walaupun oleh pemerintahan British dahulu.

"Kami ingin menegaskan bahawa peranan dan tanggungjawab memelihara kedaulatan negara yang meliputi tugas melindungi institusi Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, agama negara dan kenegaraan merupakan asas utama dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara-perkara ini tidak wajar sama sekali disentuh atas sebarang sebab sekalipun, memandangkan perkara-perkara asas ini terbukti berjaya memelihara keharmonian negara dan kemajuan kepada semua bangsa selama ini," katanya.

Abdul Aziz mendakwa 'Unfair Discrimination Tribunal' yang turut dicadang ditubuhkan jelas bertujuan mengambil alih peranan institusi kehakiman dalam memutuskan isu-isu berkaitan Perlembagaan serta peranan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam, maka ia tidak wajar sama sekali diwujudkan.

Nancy sebelum ini dilaporkan berkata Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) telah menyerahkan draf pertama rang undang-undang itu kepada kabinet pada Mei.

No comments:

Post a Comment