Followers

rantau ku sayang

Friday, June 6, 2014

JADI, BETUL LA ANAK YTL TU TERSALAH SEBUT!!!


Setelah menyiarkan satu artikel berkaitan dengan kenyataan Anak kepada Pengasas YTL Corp malam semalam, SH menerima respon dari sahabat blogger lain.
Selepas meneliti kenyataan yang dikeluarkan dilaman blog tersebut serta beberapa lagi respon dari kalangan pemimpin, maka memang benar la yang Anak YTL tu tersalah sebut.

Tapi itulah yang orang kata, "Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya". Disebabkan itulah anak YTL tu menulis surat kepada Malay Mail.

Jika dilihat dari satu sudut, memang tidak dinafikan bahawa YTL sebagai sebuah syarikat kolomerat di Malaysia ni mendapat banyak kelebihan dari pihak Kerajaan.

Persoalnya sekarang, macam mana mereka mendapat kelebihan tersebut? Adakah ianya melalui meritokrasi atau pun disebabkan faktor kroni kapitalisme?

Kalau diorang dapat tender kerajaan, sebagai contoh, melalui faktor kroni kapitalisme, makanya Si Anak YTL tu jelas hanya memalukan diri dia sendiri depan orang ramai.

Apa yang dia cakap tak senada dengan tindakan yang diamalkannya selama hari ini. Dia bercerita bab nak hapuskan kroni kapitalisme sedangkan itu juga yang diamalkannya.

Dari satu sudut lain, Si Anak YTL tu dilihat cuba nak berbangga diri bila dia menyebut "Singapura cukup tegas dengan undang - undang yang ditetapkan".

Maka sekali lagi Si Anak YTL tu cuba memberi persepsi buruk terhadap pihak Kerajaan. Adakah dia anggap di Malaysia ni tak tegas dalam melaksanakan undang - undang?

IRONIKnya, dalam surat yang dihantar oleh Anak YTL tu kepada The Malay Mail menyatakan bahawa kenyataan dia tu telah disalah anggap oleh pihak media.

Kata dia, tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut bukan untuk memburukkan Kerajaan. Sebaliknya nak melenyapkan persepsi dikalangan rakyat terhadap Kroni Kapitalisme ni.

Namun malangnya, dia dah terlepas cakap apabila membuat perbezaan dengan Negara Singapura dalam forum tersebut. Kalau dia nak bela Kerajaan, dia tak buat perbezaan tu.

Dan tidak mustahil dengan kenyataan Anak YTL tu bakal dijadikan bahan momokkan Politik dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu nanti. 

Maka, Si Anak YTL tu jugak yang harus bertanggungjawab kerana menimbulkan isu tersebut. Pesan SH, lain kali kalau nak bercakap biar pakai otak sikit. Jangan main cakap ikut sedap mulut je. Penyudahnya memalukan diri sendiri!!!

No comments:

Post a Comment