Followers

rantau ku sayang

Sunday, June 1, 2014

TUJUH SEBAB DIBERI KENAPA DYANA Cadbury TEWAS

TERIMAKASIH KEPADA PAS, BN TAMBAH KERUSI DI PARLIMEN, KERAJAAN DS NAJIB SEMAKIN KUKUH
20140522-043352-16432401.jpg
KEMENANGAN Calon BN di Teluk Intan merupakan satu kemenangan yang sangat mendebarkan kem BN, tetapi ianya satu kemenangan yang sangat bermaruah kerana ianya diperolehi dengan kerja keras, bukannya melalui kemenangan silap mata, blackout ataupun pengudi Bangla sebagaimana tuduhan-tuduhan yang biasa dibuat.
Terdapat pelbagai faktor mengapa BN berjaya mengambilalih kerusi Parlimen Teluk Intan:-
1. Calon DAP telah mengguris perasaan umat Islam khususnya pengundi Islam di Teluk Intan apabila awal-awal menolak Hukum Hudud dengan tanpa berlapik malah berterus-terang. Akibatnya, kepimpinan PAS tidak dapat mempertahankan Calon DAP itu, sebaliknya kepimpinan PAS berada dalam situasi sukar. 
2. Calon DAP juga mempunyai penglibatan yang lama dengan pertubuhan PERKASA yang tidak disukai oleh pengundi Cina sama ada dalam DAP ataupun di luar DAP. Calon DAP gagal meyakinkan mereka bahawa dia benar-benar sudah putus hubungan dengan PERKASA.
Semasa Hari Pengundian, Jentera PAS Sangat Minima
3. Peristiwa sepanjang hari pengundian menunjukkan dengan jelas bahawa jentera PAS tidak bergerak sebagaimana biasa. Ramai pemerhati melihat ahli-ahli PAS di Teluk Intan memboikot calon DAP kali ini. Kenyataan kepimpinan PAS sehari dua sebelum hari pengundian yang hanya mengharapkan dapat mengekalkan undi lama PAS jelas menunjukkan ketidakyakinan dan ketidaksungguhan pasukan PAS.
4. Sebaliknya pasukan BN kelihatan bersatu hati. Baik daripada mana parti pun UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lainnya tidak ada membantah calon BN sebaliknya bekerja bersama-sama bersungguh-sungguh untuk memenangi PRK Teluk Intan. Tidak ada timbul cerita memboikot calon, malah perpaduan pasukan BN di Teluk Intan terserlah dengan jelas. Calon BN di Teluk Intan lebih berkaliber jika dilihat daripada aspek pengalaman dalam kerajaan, parti dan umur. Ianya lebih meyakinkan penduduk Teluk Intan berbanding Calon DAP.
5. Sebaliknya dalam kem DAP, diketahui dari awal adanya perasaan tidak puashati oleh pemimpin DAP tempatan yang tidak dipilih. Begitu juga komponen PR khususnya PAS berada dalam keadaan sangat sukar untuk membantu Calon DAP, malah PKR juga tidak nampak kesungguhan mereka membantu calon DAP ini. Saya melihat Calon DAP ini kelihatannya lebih bersendirian yang hanya dibantu oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng anak-beranak.
6. Lim Kit Siang terlalu yakin (over confident) akan dapat mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan dengan membawa orang luar Teluk Intan sebaliknya pemimpin DAP Teluk Intan dinafikan. Nampaknya taktik mengumpul orang ramai di hari-hari terakhir ceramah (grand final) bukan lagi petunjuk untuk bermegah-megah. Ternyata kehadiran ramai orang adalah dari penyokong luar Teluk Intan, bukannya pengundi Teluk Intan. Sebaliknya pasukan BN memberi fokus kepada pengundi-pengundi dalam kumpulan yang kecil, bertemu walaupun satu orang pengundi, nampaknya ianya lebih berkesan.
7. BN harus berterimakasih kepada kepimpinan Ulama dalam PAS seperti TG Hj. Hadi Awang, TG Dr. Harun Din, Menteri Besar Kelantan kerana kenyataan-kenyataan mereka mengenai Hukum Hudud, semasa kempen PRK Teluk Intan banyak memberi advantage kepada BN. Pengundi-pengundi PAS di Teluk Intan nampaknya memahami signal ucapan pemimpin-pemimpin ulama mereka dan menterjemahkannya semasa hari pengundian. Walaupun PAS berada di dalam PR, ianya tidak menghalang mereka untuk menolak DAP. PAS semakin bijak, dan BN harus berterimakasih kepada kepimpinan PAS. Saya yakin, jika jentera PAS seperti Unit Amal turun bersungguh-sungguh, kemungkinan untuk BN menang adalah sukar.
Kesimpulannya,
Tahniah BN kerana berjaya menambah sebuah lagi kerusi di Parlimen. DAP mempunyai pasukan petugas pilihanraya yang terlatih dan mahir khususnya dalam pengurusan di Pusat Daerah Mengundi (PDM). DAP melatih dan memberi kursus yang lebih baik kepada ahlinya dalam urusan-urusan pilihanraya (PACA) berbanding parti-parti dalam BN. 

Pernahkah anda mendengar parti-parti dalam BN memberi kursus kepada ahlinya tentang pengurusan-pengurusan Pilihanraya seperti PACA oleh DAP? 
Maka sudah pasti dalam keputusan ini DAP tidak ada sebab untuk menimbulkan isu Blackout, Bangladesh dan Dakwat Kekal. Yang jelas Lim Kit Siang bukan Anwar Ibrahim yang suka memberi 1001 macam alasan. Bagi saya, kekalahan DAP juga adalah kekalahan yang bermaruah.
Cuba lagi semasa PRU ke-14. 
Dipetik daripada sini
IMG-20140601-WA0003

No comments:

Post a Comment