Followers

rantau ku sayang

Wednesday, August 6, 2014

Jangan Angkuh Dan Bodoh Sombong!!!!! Pembangkang Juga Sedia hadapi Pilihan Raya



Pakatan pembangkang bersedia untuk menghadapi pilihan raya di Selangor jika ia terpaksa diadakan berhubung kontroversi pelantikan jawatan Menteri Besar baharu, kata Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sekiranya pilihan raya terpaksa dilakukan, Pakatan telah bersedia untuk menghadapi para pengundi dan berkeyakinan penuh bahawa rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong kita," katanya.

Bagaimanapun, beliau menambah, tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya negeri kerana Barisan Nasional hanya mempunyai 12 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pilihan Raya Umum ke-13 juga baru sahaja diadakan kira-kira 15 bulan yang lalu.

"Kita yakin bahawa isu Menteri Besar Selangor ini akan diselesaikan dengan baik sesuai dengan semangat Pakatan Rakyat, sama ada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya mahupun pilihan raya," katanya dalam kenyataan di laman web rasmi parti itu www.keadilandaily.com hari ini. 

No comments:

Post a Comment