Followers

rantau ku sayang

Friday, August 8, 2014

Kit Siang main psikologi... gertak PR hanya tinggal sejarah


Sejak PAS tunjuk mereka bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim... Anwar macam hanyut dibawak arus.Mana Anwar ... luar biasa punya diam, dua tiga hari ini.Tak ada orang yang dengar cakap dia, sehinggakan kenyataan minta Pakatan bertenang pun isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang terpaksa buat.

Anwar 'lost' dengan agenda sendiri yang bersifat peribadi dan berbau nepotisme.

Ramai tunggu apa 'kad' Anwar pegang sebelum 10 Ogos ini...hari di mana PAS akan berbincang samada nak keluar pakatan pembangkang atau tidak.

Ini kerana keputusan pada Rabu, bahawa Majlis Syura PAS backing Abdul Khalid sebagai MB, hanya membawa satu makna, iaitu pada 10 Ogos ini agendanya bukan lagi Abdul Khalid. Agendanya apakah PAS akan kekal atau keluar.

Bagi penasihat DAP Lim Kit Siang menyifatkan 10 Ogos bukan hari penentuan untuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor tetapi hari penentuan masa depan pakatan pembangkang.

Lim yang juga ketua Parlimen DAP itu berkata dua minggu selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat 23 Julai lalu, PR menghadapi krisis yang paling teruk sejak ia ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 April 2008.

"Bolehkah PR bertahan dengan krisis keyakinan ini," katanya yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.

Lim berkata, jika semua pemimpin PR samada DAP, PAS atau PKR terus dipandu dasar bersama, ia akan mampu berdiri lebih kuat untuk menggantikan UMNO/BN dalam PRU14.

"Atau alternatif yang terlalu dahsyat adalah untuk melihat PR akan ditolak ke dalam nota kaki sejarah Malaysia," katanya.

Ini pujukan sekaligus gertakan orang lama DAP itu kepada PAS...bahawa mereka mesti dengar cakap Anwar atau kita semua (pakatan) akan gagal...

PAS menetapkan 10 Ogos untuk membincangkan isu menteri besar Selangor selepas PKR menyatakan secara rasmi mahu menukar Khalid kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Namun belum sampai tarikh itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kemudiannya disokong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik mat menyatakan sokongan terbuka kepada Khalid sebagai MB Selangor.

Semalam Majlis Syura Ulama PAS juga mengambil pendirian sama iaitu menyokong Khalid sebagai menteri besar Selangor sehinggalah dibuktikan beliau bersalah oleh SPRM atau mahkamah.

Adalah dipercayai mesyuarat PAS pada 10 Ogos nanti akan membincangkan agenda lebih besar iaitu masa depan dan hala tuju PAS dalam pakatan pembangkang. 

No comments:

Post a Comment