Followers

rantau ku sayang

Wednesday, August 6, 2014

Pemimpin PKR Akui Langkah Kajang Untuk Anwar



Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong mengakui 'Langkah Kajang' yang diumumkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang Mac lalu adalah demi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar.

Menurut Kee Kwong, walaubagaimanapun Anwar terpaksa digantikan dengan Datuk Seri Wan Azizah Ismail diatas sebab-sebab yang menghalangnya daripada bertanding.

"Langkah Kajang pada Mac 2014 adalah suatu langkah yang membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding menjadi ADUN dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar baru bagi negeri Selangor.

"... Atas sebab-sebab tertentu yang menghalang beliau (Anwar) daripada bertanding sebagai calon PRK DUN Kajang parti kemudiannya memilih Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PRK DUN Kajang.

"Walaubagaimanapun matlamat 'Langkah Kajang' masih berterusan," katanya dalam notis tunjuk sebab kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, hari ini.

Notis kepada Khalid itu turut menyebut bahawa Khalid harus mengemukakan jawapan kepada lembaga disiplin parti dalam masa tempoh tiga hari berakhir 8 Ogos ini.

"Sekiranya saudara gagal menjawab surat ini dalam tempoh yang ditetapkan di atas, maka Lembaga Disiplin tidaklah berhalangan untuk meneruskan tindakan disiplin tanpa merujuk kepada saudara lagi berdasarkan bukti-bukti sedia ada," kata Kee Kwong lagi.

Mac lalu, bekas penyandang ADUN Kajang Lee Chin Cheh mengumumkan perletakan jawatannya sebagai ADUN kawasan tersebut tanpa alasan kukuh dan Anwar mengumumkan dirinya bertanding pada PRK Kajang sehari kemudian.

Anwar walaubagaimanapun terpaksa menarik diri daripada terlibat dalam PRK Kajang setelah beliau didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan bakal dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

Keputusan PRK Kajang kemudiannya memhak kepada Wan Azizah yang menang dalam pertemuan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN) Datin Seri Paduka Chew Mei Fun.

Sejak daripada tempoh tersebut, Khalid terus didesak oleh pemimpin PKR serta rakan partinya dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk melepaskan jawatan sebagai menteri besar dan memberi laluan kepada Azizah untuk mengambil alih tugas tersebut. 

No comments:

Post a Comment