Followers

rantau ku sayang

Friday, August 1, 2014

PKR mahu PAS hormat prinsip Pakatan....Inikah PAS Mahukan?



Malah Saifuddin mengungkit bahawa dalam pergolakan membabitkan jawatan Menteri Besar Kedah sebelum Pilihanraya Umum ke-13, PKR mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Kedah adalah hak PAS.

Beliau menegaskan PKR menghayati prinsip kerjasama Pakatan Rakyat ini “walaupun ada permintaan dari pimpinan Pakatan Rakyat lain supaya PKR turut menyatakan pendirian sama ada mahu Menteri Besar ditukar atau tidak”.

Kenyataan Hadi membingungkan banyak pihak kerana ia boleh dilihat sebagai satu tindakan nekad. Yang pasti ia ia menggariskan keretakan bakal berlaku dalam Pakatan Rakyat.

Namun Presiden PAS itu sedar dan insaf bahawa natijah tindakannya itu boleh menggoyahkan pakatan yang baru berusia enam tahun itu.

Namun beliau menganggap “itu adalah perkara yang akan datang”.  Pakatan Rakyat boleh berbincang dan berunding, katanya.

“PAS tetap bersama dalam Pakatan Rakyat, pendapat berbeza biasa sejak dahulu lagi.

“Malah perjuangan kita bukan perjuangan peribadi, perjuangan kita adalah untuk menyelamatkan negara, perjuangan kita bukan untuk saya atau untuk Anwar Ibrahim,” kata Hadi.

Adakah ini anak kunci tindakan luar biasa Hadi ini? Adakah beliau melihat isu tukar Menteri Besar adalah demi memenuhi agenda Anwar Ibrahim? Adakah sebab itu PAS kelihatan “liat” untuk menyokong Langkah Kajang PKR?

Apapun yang marah dan gelisah adalah PKR dan Anwarinas dalam PAS. Adakah ini akan membawa padah pada kerjaya politik Hadi sendiri?

No comments:

Post a Comment