Followers

rantau ku sayang

Wednesday, August 6, 2014

DAP Sudah Gelabah Kemelut Pakatan MasaKini...Takut Hilang Kuasa Bebbb



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lau Weng San menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk segera menyelesaikan kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor.

Lau berkata, masalah tersebut mampu merencatkan pembangunan Negeri Selangor di bawah PR selain mampu menimbulkan persoalan terhadap rakyat di negeri itu.

"Ini hasrat daripada peringkat akar umbi sendiri serta rakyat jelata yang semestinya mahu isu ini diselesaikan secepat mungkin.

"Kami dapat rasakan kebimbangan rakyat berhubung isu ini dan sekiranya isu ini tidak diselesaikan segera ianya mampu menjejaskan pembangunan Negeri Selangor dan kami selaku Adun PR tidak mahu perkara ini berlaku," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP Selangor di Taman Paramaount di sini, hari ini.

Lau menjelaskan, cadangan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri bagi menyelesaikan isu terbabit juga adalah satu kaedah penyelesaian yang teruk dan tidak sepatutnya terjadi.

Katanya, sekiranya pilihan raya diadakan ianya akan menyebabkan beberapa perkara negatif antaranya termasuk pembaziran wang rakyat.

"Ianya merupakan kaedah terakhir dan terburuk yang boleh kita lakukan kerana saya sendiri yakin bahawa pihak Barisan Nasional (BN) Selangor sendiri tidak akan setuju dengan cadangan mengadakan pilihanraya.

"Ia akan merencatkan ekonomi di Negeri Selangor selain akan menyebabkan banyak duit rakyat akan dibazirkan dan saya sendiri tidak menyokong cadangan ini," katanya. 

No comments:

Post a Comment