Followers

rantau ku sayang

Wednesday, August 6, 2014

Suami isteri saman bank RM1.5 juta, barang dalam peti deposit hilang


Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari mulai Isnin depan untuk mendengar kes saman hampir RM1.5 juta yang difailkan seorang ahli perniagaan dan isterinya terhadap United Overseas Bank (M) Bhd berhubung kehilangan barangan berharga daripada peti deposit selamat di sebuah cawangan bank itu susulan kejadian pecah masuk pada 2012.


Hakim Datuk Hue Siew Kheng akan mendengar saman itu yang difailkan Lee Yaw Lin, 46, dan isterinya Choo Yoke Peng, 40, menerusi Messrs Mahendran (M) Co. pada Disember tahun lepas.Bank berkenaan, defendan tunggal dalam kes saman itu, memfailkan pernyataan pembelaannya pada 24 Jan tahun ini.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, Lee berkata beliau dimaklumkan oleh seorang pegawai polis pada 22 Oktober 2012 bahawa peti deposit selamat mereka di cawangan Leboh Pasar bank itu dipecah masuk dan Lee serta Choo menyatakan mereka terkejut apabila mendapati semua barangan berharga melainkan dokumen hilang daripada peti itu.

Lee dan Choo memperincikan barangan berharga mereka sebagai koleksi vintaj (daripada emas tulen dan emas) bernilai RM170,000; koleksi vintaj (daripada jed dan fei cui) bernilai RM130,000; koleksi vintaj (jam tangan) bernilai RM75,000; koleksi vintaj (wang kertas dan syiling) dengan nilai RM20,000; berlian dengan nilai RM850,000 dan barangan lain bernilai RM235,304.

No comments:

Post a Comment