Followers

rantau ku sayang

Saturday, August 2, 2014

Musa Gelabah Apabila DAP Bersuara Lantang.....



Akhirnya kita dapat melihat PAS akan mula bermain wayang “U-Turn” atas kenyataan Hj Hadi Awang dan Nik Aziz menyokong Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor apabila Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengeluarkan kenyataan bahawa Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ekoran terbocornya tulisan beliau dalam WhatsApp AJK PAS Pusat.

Sebelum ini DAP mula menakut-nakutkan PAS dengan sentimen bahawa sokongan PAS terhadap Khalid Ibrahim akan memberikan implikasi Pilihanraya mengejut bakal diadakan di mana Pakatan akan kalah besar manakala PAS akan “lenyap” dari bumi Selangor. Kita dapat lihat bahawa PAS yang turut mempunyai “kepentingan politik peribadi” akan mula membuat kenyataan “U-Turn” dan “sujud” semula kepada DAP.

Kini kononnya PAS tidak boleh diseret dalam masalah penggantian Menteri Besar Selangok pula. Zuhdi seorang yang perlu mengambil tanggungjawab jamaah dan bertindak sewajarnya tanpa perlu membabitkan PAS dalam mengambil tindakan atas implikasi tersebarnya kenyataan itu.

Amat ketara PAS akan “mengkambing hitamkan” Zuhdi dengan membesarkan istilah rasis dalam kenyataan Whatsapp beliau yang tersebar di media sosial. Kononnya Zuhdi menjadi antara punca utama reputasi yang dibina bersama DAP dan PKR hancur.

Perbincangan WhatsApp yang tersebar itu mendedahkan Zuhdi menulis:
“Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi + TSKI + seorang lagi Adun PKR + 12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

“Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini,”

Namun kita dapat lihat bahawa selama ini PAS sememangnya terpaksa “sujud” dan “telan” segala kerenah dan kemahuan DAP. Dengan ertikata lain mereka rela dalam terpaksa atas segala keputusan yang telah dibuat dalam pakatan pembangkang yang didominasikan oleh DAP.

Dengan erti kata lain PAS sedar bahawa pemuafakatan mereka bersama DAP dan PKR hanyalah membawa kemusnahan kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Perlukah mereka teruskan lagi satu perjuangan yang “jahat” dan “kejam” ini. Mungkin sudah sampai masanya rakyat Malaysia, bangsa Melayu dan umat Islam bersatu atas nama kebenaran, keadilan dan kesejahteraan tanpa terikat dengan ideologi “kurang baik” pakatan pembangkang. 

No comments:

Post a Comment