Followers

rantau ku sayang

Monday, August 4, 2014

Panas!!!! Anwar tak kenang jasa Khalid bangunkan Selangor


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang yang tidak kenang jasa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam memajukan negeri ini, demikian menurut Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsuddin Lias.

Beliau berkata demikian mengulas polemik jawatan nombor satu negeri itu yang semakin meruncing, lebih-lebih lagi apabila PAS dilaporkan enggan menerima pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.

"Pada saya yang penting mengapa isu ini berlaku? Pada saya tidak lain tidak bukan semata-mata nak memenuhi nafsu serakah politik Anwar. Dahulu sewaktu PRU, bukan main dipuji Khalid, meskipun pada waktu itu ADUN Bukit Antarabangsa nak jadi MB Selangor.

"Anwar tak beri peluang (Azmin) tapi beri kepada Khalid dengan mengatakan beliau seorang tokoh korporat yang bagus. Selepas dah jadi MB, ada pula Langkah Kajang untuk menjadikan beliau sebagai ADUN Kajang dan MB Selangor.

"Rakyat kena lihat, ini tidak lain kerja Anwar. Beliau dari dahulu, sejak menjadi TPM, nafsu tidak habis-habis. Sanggup menggadaikan maruah, bangsa dan agama atas kepentingan peribadinya sendiri," ujarnya ketika ditemui media di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Tanjong Karang, hari ini.

Sejak beberapa bulan lalu, Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin PKR supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Hasrat “Langkah Kajang” yang dilihat gagal menjatuhkan Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu.

PKR pada 22 Julai lalu mengumumkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, menggantikan Khalid.

Beberapa hari selepas itu, PKR menyerahkan pencalonan Wan Azizah secara rasmi di Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

DAP dan PAS dilaporkan akan bermesyuarat dalam masa terdekat sama ada untuk menerima pencalonan Wan Azizah, atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment