Followers

rantau ku sayang

Wednesday, August 6, 2014

Wan Azizah akui akan dibayangi suami apabila jadi MB



Kepimpinan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengakui akan ditunjangi telunjuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mentadbir negeri Selangor kerana sudah tentu beliau akan akan mendengar kata suaminya.

Beliau yang merupakan calon tunggal PKR yang akan menjawat jawatan nombor satu kerajaan negeri mengakui tidak salah untuk mendengar nasihat Anwar kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan ekonomi.

"Mengapa saya tidak boleh mengikut nasihatnya kerana beliau mendapat pengiktirafan selaku penasihat ekonomi di Qatar," katanya ketika menghadiri majlis makan malam di sini malam ini.

Dalam pada itu, Wan Azizah turut mengakui Langkah Kajang adalah untuk mengangkat Anwar untuk menjadi Menteri Besar tetapi ia ia disekat kerana Anwar berdepan tindakan mahkamah yang didakwanya menyukarkan peralihan kuasa itu.

No comments:

Post a Comment