Pegawai Pelancongan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin melahirkan rasa bersyukur kerana dapat pulang ke tanah air selepas menjalani hukuman penjara selama tiga bulan dan hanya mahu menumpukan kepada keluarga
Azizul Raheem berkata, samada dia bersedia ke negara lain demi tugasan, dia menegaskan dia sentiasa bersedia namun bukan ke Sweden.
"Alhamdullilah kini tumpuan saya hanya kepada keluarga.
"Tugas itu tetap tugas, punca rezeki, jikalau saya ditugaskan ke tempat lain insyaallah saya akan pergi namun tidak perlulah ke Sweden lagi tapi berikan peluang kepada orang lain dan jikalau tiada apa-apahal tidak perlulah hantar saya balik Sweden," katanya kepada pemberita di Pejabat Pelancongan Malaysia di KLIA, hari ini.
Tambah beliau, hari ini adalah satu hari paling bermakna buat beliau kerana pulang pada hari kelahiran ibunya dan dapat mengubati rasa rindu terhadap anak-anak selepas terputus hubungan selama tujuh bulan.
"Kepulangan saya pada hari ini juga adalah hadiah untuk ibu saya yang menyambut hari lahir hari ini.
"Tujuh bulan tidak berjumpa anak, rasa rindu itu terubat. Tujuh bulan tidak dapat berhubung dan hari ini merupakan hari yang menggembirakan saya," katanya.
Beliau turut memberitahu tentang keadaan isterinya Shalwati Norshal berada dalam keadaan sihat dan berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan beliau dan isteri sewaktu ditahan.
"Setakat ini isteri Alhamdulillah sihat dan sudah tentu tidak sabar untuk tunggu dia dibebaskan supaya kami semua dapat kembali bersama.
"Alhamdulillah berkat bulan Ramadhan ini, insyaallah kami dapat berpuasa bersama serta menyambut aidilfitri dan berterima kasih kepada semua yang berdoa dimana yang selalu berada di belakang kami semua.
Mahkamah Daerah Solna di Stockhlom menjatuhi hukuman penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan penjara terhadap isterinya, Shalwati Norshal atas kesalahan memukul keempat-empat anaknya sejak September 2010.
No comments:
Post a Comment