Followers

rantau ku sayang

Thursday, July 10, 2014

Jokowi tak rasmi Presiden baru Indonesia...


Cukup mendebarkan, dengan rally kempen yang panjang, iaitu sejak Mac lalu, akhirnya petang Rabu, sudah ada bayangan siapa Presiden Indonesia ke lapan sejak merdeka, hasil dari kiraan cepat (quick count) Pemilihan Presiden negara itu.

Jokowi dalam ucapannya selepas diumumkan secara tidak rasmi memenangi pemilihan kali ini mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Indonesia yang memberikan suara kepada beliau dan Jusuf Kalla.

"Terima kasih tidak terhingga kepada rakyat Indonesia dari Sabang sampai Merauke, juga kepada relawan dari Sabang sampai Merauke, dan seluruh ahli parti PDI Perjuangan, Nasdem, PKB, Hanura, dan PKP Indonesia yang sudah bekerja keras, bahu-membahu dari pagi hingga siang dan malam," kata Jokowi dalam sidang media di rumah Ketua Umum DPP PDI Perjuangan Megawati Soekarnoputri, Jakarta Selatan.

Jokowi berkata beliau bersyukur kerana hasil quick count dari berbagai pihak menunjukkan beliau dan Jusuf Kalla pada kedudukan mendahului.

Beliau meminta agar hasil ini (kertas undi) dikawal hingga ke pengumuman resmi di Komisi Pemilihan Umum (badan seperti SPR di Malaysia).

"Saya kira sekarang kita semua harus mengawal hasil rekapitulasi baik di KPUD dan KPU sehingga semua berjalan bersih, jujur, dan tidak ada intervensi (campur tangan). Kami minta rakyat Indonesia menjaga kemurnian aspirasi rakyat. Jangan ada yang coba-coba mencemari apa yang dikehendaki rakyat hari ini," ujar Jokowi.

Sementara itu bos Jokowi... Megawati Sukarnoputri menangis melihat kemenangan anak buahnya yang disiarkan melalui skrin gergasi di perkarangan rumah beliau.

Skrin tersebut menampilkan grafik kiraan cepat yang dibuat oleh lembaga survei Indikator Politik antara pasangan Prabowo Subianto-Hatta Rajasa dan Joko Widodo-Jusuf Kalla.

"Data masuk 70 persen, Jokowi-Kalla 52,86 persen dan Prabowo-Hatta 47,14 persen," kata pengacara yang disambut tempik sorak dan tepuk tangan penyokong.

Jokowi yang duduk di sebelah kanan Mega tersenyum.

Sementara Jusuf Kalla sibuk melihat telefonnya untuk melihat kiraan cepat yang dilakukan pihak lain.

Tempo melaporkan Mega yang memakai baju kemeja kotak-kotak itu tidak bercakap apapun, hanya terus memandang skrin dengan sesekali menyapu air matanya dengan tisu dan senyum tipis.

Di teras rumah tersebut Mega, Jokowi dan Kalla dikelilingi sejumlah ahli politik berbagai parti.

"Ini kemenangan Bu Mega," teriak salah seorang penyokong.

Megawati merupakan anak sulung presiden pertama Indonesia Soekarno. Beliau sendiri menjadi Presiden Indonesia ke lima antara 2004 hingga 2008, menggantikan Abdul Rahman Wahid atau dikenali Gus Dur.

Mengikut sistem pemilihan presiden yang diamalkan di Indonesia... keputusan rasmi akan diumumkan sebulan daripada tarikh pemilihan diadakan.

Ini untuk memberi ruang pengawas memastikan tidak ada kecacatan dalam perhitungan dalam pemilihan yang melibatkan lebih 170 juta pemilih di seluruh Indonesia itu.

Bagaimanapun, hitungan cepat yang dilakukan oleh berbagai pihak menggunakan kaedah yang dipercayai, diketahui pada hari yang sama.

Kebimbangan banyak pihak adalah jika Jokowi mahupun Prabowo diumumkan menang tidak rasmi melalui kiraan cepat dengan kelebihan hanya 5% undi, ia boleh menyebabkan keputusan rasmi berubah apabila diumumkan sebulan lagi.

Ini kerana dalam kaedah kiraan cepat, peratusan kesalahan (margin of error) adalah sebanyak lima peratus.Biasanya jika mana-mana calon menang dengan kiraan lebih lima peratus...beliau akan diisytiharkan menjadi presiden baru Indonesia ketika pengumuman rasmi dibuat sebulan dari hari ini. 

No comments:

Post a Comment