Kerajaan Malaysia begitu sinonim dengan pendirian menyokong rakyat Palestin. Yang terbaru ialah kenyataan tegas kerajaan Malaysia yang membantah kezaliman askar zionis ke atas rakyat Palestin.
Perkara ini tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun. Ianya begitu jelas apabila kita melihat keakraban Tun Dr Mahathir dengan allahyarham Yaseer Arafat.
Tradisi menyokong rakyat Palestin diteruskan oleh DS Najib Razak.
Hari ini, UMNO Malaysia akan mengadakan solat hajat untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin bertempat di Dewan Tun Razak PWTC.
Solat hajat ini terbuka kepada semua umat Islam selepas solat Maghrib malam ini.
Maka, timbul ura-ura yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim dan rakan-rakan beliau dalam Pakatan Pembangkang akan turut hadir di dalam program tersebut. Betulkah?
Mungkin mustahil tetapi jika Anwar Ibrahim mahu menebus 'igauan ngeri' beliau yang pernah menyatakan sokongan kepada keselamatan negara Israel, beliau dan rakan-rakan beliau sepatutnya bersikap gentleman dan hadir semasa solat tersebut.
Apakah Anwar Ibrahim benar-benar prihatin kepada nasib rakyat Palestin?
Kita tunggu dan lihat malam ini.
No comments:
Post a Comment