Followers

rantau ku sayang

Friday, July 11, 2014

Kenyataan Bung salah, tak boleh diterima


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengenai kaitan kemenangan Jerman dengan Adolf Hitler ‘tidak boleh diterima dan salah’.

“Dia tidak bercakap bagi pihak Malaysia, atau untuk rakyat Malaysia yang memahami sejarah masa lalu Eropah dan menghormati perpaduan moden negara itu.

“Ketika ini sepatutnya menjadi masa untuk meraikan kemenangan Jerman dan kita mengucapkan yang terbaik pada perlawanan akhir nanti,” katanya menerusi akaun mikro Twitternya.

Terdahulu, Bung Mokhtar  mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Piala Dunia 2014 awal pagi Rabu dengan Adolf Hitler menerusi  akaun Twitternya dengan berkata: “Well done...bravo...long live Hitler”.

Kenyataan itu tidak disenangi oleh ramai pengguna Twitter yang merasakan kenyataan itu sebagai mencerminkan tahap pemikiran beliau sendiri.

Sebelum Najib memuat naik status terbaru itu, Bung terlebih dahulu memohon maaf di atas kenyataannya itu.

“Apabila Jerman belasah Brazil, saya secara tidak sengaja mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan rakyat Jerman.

“Saya mohon maaf dengan seikhlasnya. Long live Bung (panjang umur Bung),” tulisnya.

No comments:

Post a Comment