Seorang ahli parlimen Israel menggesa tenteranya turut membunuh ibu-ibu rakyat Palestin semasa membuat serangan berterusan ke atas semenanjung Gaza.
Ayelet Shaked dari parti Ultra-Nationalist Jewish Home yang melabelkan warga Palestin sebagai pengganas menegaskan semua ibu rakyat Palestine yang melahirkan ‘ular kecil’ perlu disembelih.
“Mereka perlu mati dan rumah-rumah mereka perlu dirobohkan supaya mereka tidak boleh melakukan sebarang tindakan pengganas. Mereka adalah musuh-musuh kita dan darah mereka mesti berada dalam tangan kita. Ini juga termasuk ibu-ibu bagi pengganas yang telah mati,” kata Shaked di petik PressTV.
No comments:
Post a Comment