Followers

rantau ku sayang

Wednesday, July 9, 2014

Kereta Di Simbah Cat...Biar Betul Ni Atau Puak PR Sendiri Yang Buat?

Kenyataan media oleh Pegawai Pusat Khidmat Komuniti Parlimen Kluang Sheikh Omar Ali pada 8 Julai 2014

Pada pukul 7.30 pagi tadi, ibu saya telah memberitahu saya bahawa bahagian pintu hadapan sebelah kanan (pintu pemandu) kereta saya telah disimbah cat merah.

Saya amat terkejut apabila melihatnya dan segera membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Paya.

Saya tidak pasti apakah motif tindakan orang yang menyimbah cat merah ini. Namun saya mengesyaki ia mempunyai kaitan rentetan insiden Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan ADUN Mengkibol Tan Hong Pin dihalau keluar dari Bazaar Ramadhan Bandar Kluang baru-baru ini.

Sepanjang hampir 30 tahun saya membesar dan berulang alik ke rumah orang tua saya di Taman Indah Jaya Kluang ini, inilah kali pertama kejadian seperti ini berlaku.

Lebih kurang tiga bulan mutakhir ini saya kembali ke kampung halaman semula selepas hampir 10 tahun berada di Kuala Lumpur untuk bertugas sebagai pegawai di Pusat Khidmat Komuniti Parlimen Kluang.

Pada 30 Jun 2014 yang lalu, rombongan dari Pusat Khidmat Komuniti Parlimen Kluang telah mengadakan ziarah mesra di Bazaar Ramadhan Bandar Kluang sambil mengedarkan kurma kepada pengunjung bazaar. Rombangan kami yang turut disertai Chin Tong dan Tan Hong Pin telah dihalau keluar oleh petugas keselamatan bazaar kerana didakwa tidak memiliki surat kebenaran.

Beberapa hari kemudian, Ketua Pemuda UMNO Kluang telah meminta maaf dan menyatakan kekesalan terhadap insiden yang berlaku. Pada 6 Julai 2014, beliau mengajak pihak kami turut serta dalam ziarah bazaar yang dijalankan.

Namun setelah agihan bubur lambok dan kurma disempurnakan, rombongan kami yang turut disertai oleh Chin Tong dan Hong Pin telah sekali lagi ditengking dan dicebik oleh kumpulan yang sama yang mendakwa sebagai petugas keselamatan tempoh hari dengan kata-kata sindiran dan makian.

Pada 8 Julai 2014 (hari ini) kereta saya disimbah cat merah.

No comments:

Post a Comment