Followers

rantau ku sayang

Tuesday, July 8, 2014

Bapak bunuh anak direman seminggu

Polis mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu bermula hari ini daripada Mahkamah Majistret terhadap seorang lelaki yang dipercayai membunuh anaknya dengan sebatang kayu, semalam.

Suspek berusia 52 tahun itu ditahan di sebuah rumah sewa di Jalan Melekek, Kampung Padang kira-kira pukul 2.30 pagi ini.

Siasatan awal mendapati, suspek mengaku terbabit dalam kes berkenaan.

Suspek sebelum ini dipercayai melarikan diri selepas memukul anak sulung daripada 10 beradik itu kerana bertanyakan mahu bekerja untuk membantu keluarga, sebelum disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Abd Rahman Jid berkata, sebelum itu mangsa Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, dilaporkan bertengkar dengan bapanya yang berusia 52 tahun di rumah mereka di Kampung Jawa Alor Gajah, kira-kira pukul 5 petang semalam.

``Mangsa menyatakan hasrat untuk bekerja kepada ayahnya tapi tidak dipersetujui...mangsa yang dikatakan tidak pernah melawan cakap ayahnya itu berdegil untuk meneruskan hasratnya sebelum berlaku pertengkaran antara kedua beranak itu,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudian dipukul dengan sebatang kayu sehingga menyebabkannya pengsan.

Abd. Rahman berkata, ibu Muhamad Hafiz mahu menghantar anak sulung daripada 10 beradik itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun tidak dibenarkan bapa mangsa dengan alasan ia tidak serius.

Beliau berkata, ibu mangsa yang berusia 38 tahun itu mengejutkan anaknya untuk bersahur namun Muhamad Hafiz tidak bangun dan mengejutkannya semula kira-kira pukul 10 pagi tadi sebelum mengesyaki sesuatu berlaku.

``Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Alor Gajah sebelum polis ke rumah mangsa dan mendapati mangsa telah meninggal dunia,'' katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati mangsa menghadapi kecederaan di lengan kiri selain kesan lebam di badan.

No comments:

Post a Comment