Followers

rantau ku sayang

Friday, July 18, 2014

Hasan Ali cabar Pas pecat Khalid?


Pas dicabar mengambil tindakan tegas termasuk memecat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad ekoran pelbagai kenyataan kontroversinya sehingga mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, jika beliau yang sebelum ini bertindak menyuarakan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di Selangor dipecat oleh Pas, tiada sebab untuk Khalid kebal daripada tindakan serupa.

Katanya, tindak-tanduk Khalid bukan sahaja mencemarkan perjuangan Pas tetapi pendiriannya yang berterusan konsisten 'menyerang' agensi agama di Selangor seolah-olah menjadi jurucakap kepada golongan yang liberalisme, pluralisme dan sekuralisme.

"Pengalaman saya sewaktu menjadi exco kerajaan negeri, Khalid dalam banyak hal menjadi penghalang kepada usaha menjamin kemuliaan Islam seperti peristiwa mengharamkan jualan arak di Shah Alam dan isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

"Saya masih ingat, Khalid sering menidakkan apa juga bentuk undang-undang dan peraturan yang ingin dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya, di Damansara Utama, di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment